Aliff Aziz bergantung pada Bella untuk nafkah anak?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pagi semalam, saluran radio Malaysia, Hot FM telah menemubual artis hangat dihimpit kontroversi, Aliff Aziz menerusi telefon.

Dalam wawancara tersebut, para DJ menanyakan soalan yang sering diajukan. Aliff pula memberi jawapan yang biasa-biasa sahaja seperti “manusia biasa”, “tersalah campur” dan “kesal”.

Tapi… Ini semua merupakan pilihannya satu ketika dahulu so… Pada masa yang sama, dia juga berkata bahawa dia telah dianiaya.

Suara Aliff Aziz juga agak sebak, kononnya baru habis menangis.

Maaf, in this house we do not buy that.

Dia juga akui bahawa Tuhan telah mengambil banyak haknya tetapi tetap bersyukur kerana masih mempunyai sifat sempurna (penglihatan, pedengaran etc).

Selain itu, dia juga kata bahawa jodoh di tangan tuhan. Walaupun boleh cari wanita lain, mungkin tidak setaraf Bella. Ooh…

Dia kata bahawa Bella berada di sampingnya sewaktu jatuh naiknya. Ok and?

Apakah tujuan wawancara ini? Cuba jelaskan? Macam tak mendalam dan tiada apa-apa pendekatan mahupun maklumat baru.

Tapi tidak mengapa kerana seperti yang telah kami katakan, Aliff Aziz akan muncul di OkLetsGo!

Screenshot 2019-06-26 at 10.19.02 PM

Urgh, kenapalah kami selalu spot on?

Seawal 6 pagi hari ini, podcast ini telah dilancarkan ke Spotify untuk orang ramai.

Seperti biasa, Aliff Aziz memulakan sesi penjelasannya dengan suara serak basah ala-ala baru sebak menangis untuk mengingatkan orang ramai bahawa dia dahulu terkenal untuk suaranya yang serak-serak basah.

Bagi anda yang telah menonton, kami ingin tahu apakah pendapat anda? Adakah pandangan anda terhadap Aliff Aziz telah berubah atau tetap sama?

Pada kami, podcast ini tidak membuktikan apa-apa pun. Ia seolah-olah tidak memberi kesan terhadap pendengar.

Mungkin ia menimbulkan rasa simpati terhadap Aliff Aziz kerana kehilangan keluarga dan kerjaya tetapi ia tidak bermakna tindakannya sebelum ini adalah bermunasabah.

Menurutnya, adiknya sendiri, Aisyah Aziz telah menasihatinya untuk ke sesi kaunseling tetapi nampaknya sehingga sekarang dia tidak menjenguk sebarang pakar. So, salah siapa yang dia sekarang sedang frust tonggeng? Dia mengaku bahawa ia merupakan perkara yang salah untuk tidak ke kaunselor tapi bukan ke ia belum terlambat? Tak faham.

Dia juga menyebut tentang isu “tuhan tarik sikit” seperti mana yang telah dia beritahu pihak Hot FM.

Apa yang membuat kami bingit sangat adalah apabila Aliff Aziz mengongsi tentang pengalamannya berlakon bersama pelakon wanita lain semasa dia masih lagi bergelar suami. Dia berkata bahawa kalau dia masih single, macam-macam dah boleh buat dengan selebriti wanita (ajak keluar? dating idk?).

Pertama, seorang suami yang sering diiringi isteri di set penggambaran mengatakan perkara sebegini.

Kedua, hos-hos OKLETSGO bersetuju dengan kenyataan ini. Seolah-olah ia perkara yang biasa.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan para isteri hos itu semua bahawa suami-suami mereka mungkin ada kehendak atau pernah terlintas untuk melakukan perkara yang boleh disifatkan sebagai “curang” di belakang mereka. Apatah lagi dengan segmen podcast mereka di mana mereka mengongsi individu wanita single.

We’re sorry but men are indeed trash.

trash

Aliff Aziz juga menambah bahawa hidupnya mungkin akan lebih senang sekiranya tiada tanggungjawab isteri. Kini dia takde isteri. Ha.

Dia juga menyebut tentang bagaimana orang ramai lincah mengecam kerana ia tidak terjadi kepada keluarga sendiri. Maaf, but we are sick of politically correct answers. 

Aliff Aziz juga menyalahkan umurnya yang terlalu muda ketika memenangi Anugerah. Ini mungkin telah menyebabkannya untuk hidup tidak tentu arah kerana tidak dapat menikmati hari muda secara peribadi. Dia samakan peristiwa ini dengan Justin Bieber. Ok yang ni mungkin we’d buy this story.

Bukan sahaja itu, dia juga berkata bahawa dia sering dibuli dari zaman sekolah hinggalah apabila menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Wow. Buli. Kami tidak ingin mengecilkan perkara ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang baru. Banyak orang dibuli dan membesar dengan sempurna. Tapi, memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap individu menangani buli dengan cara yang lain. Mungkin Aliff Aziz menanganinya dengan cara curang.

Tanya saja rakan Aliff di sekolah menengah mahupun di SCDF, adakah ini benar? Bahkan, ada teman seperjuangan di Anugerah juga akan katakan sebaliknya.

Sebab mengapa Aliff Aziz tidak mengadu pada pihak sekolah adalah kerana dia tidak ingin dilabel “weak” atau dipulau. Inilah kesan negatif “toxic masculinity” di mana si mangsa menjadi mangsa kerana ingin menjadi “jantan”.

Namun adakah ini benar? Kerana ada juga yang mengatakan bahawa Aliff Aziz seorang yang “sombong” pada waktu sekolah dan semasa perkhidmatannya di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Atau, itu merupakan cara Aliff Aziz menangani buli?

Tahun ini, Aliff Aziz juga belum menjenguk keluarganya untuk beraya, dia juga tidak membuat apa-apa sambutan. Malang sekali, tidak ada satu pun daripada 3 hos OKLETSGO menyoalkan mengapa.

Apabila ditanyakan tentang video yang tular baru-baru ini, Aliff Aziz menjawab bahawa dirinya di”spike”.

bs

Kami rasa seperti soalan yang diaju itu ditapis kerana Aliff ditanya mengapa dia bersuara seperti “kengantukan” dan bukan seperti seorang yang high on drugs. Untuk sebuah podcast yang amat bangga perkataan fuck boleh dilafazkan, ada banyak tapisan dilakukan juga.

Aliff Aziz juga berbual tentang akaun media sosialnya di podcast yang berlangsung sejam lebih itu.

Dia kata bahawa dia membaca segala komen dan DMs. Dan menjawab komen berbaur kebencian dengan penuh positif.

Kami rasa seolah-olah dimasukkan ke dalam time machine di mana topik perbualan haters di ruang komen, layan mereka dengan kind words dibincangkan. Kita ni masih tahun 2010 ke? Kata itu hak dia nak muat naik gambar kahwin dan segalanya. Ok, work!

Kalau dia kata dia layan DM dan komen dengan penuh positif, mungkin Nick Mikhail boleh belajar sedikit daripadanya?

Cukup dengan politically correct answers-nya, dia juga memberitahu pendengar bahawa dirinya bukan contoh/idola buat anak muda. Jika ibu bapa ingin anak mereka mengikuti seorang role model, it should be Rasulullah. Ok, ini adalah religiously politically correct answer tbh. NEXT.

Dia juga kata bahawa dia bersyukur bahawa bekas isterinya kini mendapat tawaran nyanyian, lakonan dan sebagainya. Ini kerana, menurut Aliff Aziz, anaknya tidak akan kebulur.

Adakah ini bermakna bahawa Aliff Aziz bergantung kepada Bella untuk makan minum Ayden Adrean? Adakah itu tanggungjawab Bella untuk memberi keperluan seharian padahal ia tanggungjawab Aliff untuk memberi nafkah? Fikirkanlah. Dia seolah-olah tidak rasa bersalah atau malu untuk berkata sebegitu.

Inilah yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Setelah bercerai, hak jagaan anak jatuh kepada ibu. Setelah itu, si bapa hanya menjenguk anak sekali-sekala dan tidak hiraukan hal kewangan anak.

Aliff berkata bahawa dia bekerja sebagai kaki tangan di sebuah kafe selama seminggu tetapi diberhentikan atas sebab kontroversi yang melanda. Ini perkara yang amat baik kerana ia menunjukkan Aliff Aziz menerima hakikat dan tidak segan untuk mencari rezeki halal untuk menampung dirinya.

Di akhir podcast, Aliff Aziz kembali dengan suara sebaknya dan memberi kata-kata penutup.


Mengapa isu tentang pencurian wang selebriti Indonesia tidak disoal? Asal tak tanya berapa banyak perempuan simpanan Aliff ada? Kenapa pasal rambut dia yang botak tu jadi pertanyaan padahal semua orang dah tahu? What’s this? LMAO, that’s all. Kepada anda yang kononnya dapat revelation setelah mendengar podcast ini, anda cuma harus read between the lines untuk mendapatkan mesej tersirat yang telah secara tidak sengaja disampaikan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk gosip hiburan Singapura!

– Pengkritk Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s