Kupasan Pementasan: Selubung oleh NUS Pentas Budaya

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Petang tadi, kami sempat menonton teater tahunan anjuran Pentas Budaya, Selubung.

Jika pada tahun lepas Pentas Budaya membongkar isu kesihatan mental, kali ini mereka membincangkan isu-isu yang dianggap sensitif, tabu dan mungkin membuat para penonton rasa gelisah apabila menonton.

Penuh dengan saspens dan kejutan, ia mengisahkan 4 sekawan yang menyimpan rahsia dari diri masing-masing.

Tapi, siapa sangkakan rahsia yang mereka simpan semua mampu memecahbelahkan persahabatan mereka?

Watak Najwa, seorang bertudung pada waktu tengahari sebenarnya seorang party girl bila larut malam. Dia yang sering dianggap ‘suci’ oleh segelintir masyarakat di luar sana sebenarnya bukanlah apa yang penonton sangkakan. Malah, dia seorang yang aktif melakukan seks rambang sehinggakan harus mengambil pil pencegahan hamil. Tetapi dia hamil setelah bersemalaman dengan seorang jejaka bernama Marzuqi kerana lupa mengambil pil dan tidak memakai kondom.

Err… Sis, kondom bukan sekadar melindungi anda daripada hamil tapi juga penyakit. So, selalulah pakai.

Watak Nabilah pula seorang yang naive, sering merahsiakan perhubungan peribadinya kerana malu dihukum oleh rakan-rakannya. Tetapi, dia tidak tahu bahawa pakwenya, Marzuqi sebenarnya juga suka simpan rahsia.

We love a plot twist!

Badrul, naib presiden Kelab Muslim di universiti mereka pula seorang yang warak dan selalu menjaga dan menasihati rakannya tentang agama. Tapi, dialah yang pertama yang rasa seolah-olah dia berhak menghukum rakan-rakannya hanya kerana kehidupan mereka dianggap serong oleh Badrul.

Bukan ke dia yang sepatutnya tidak menghukum dan menolong rakannya yang sesat agar pulang ke pangkal jalan?

Seorang kaki minum, kaki perempuan dan kaki judi. Itulah Syamsul. Dia tidak sedar kelakuannya itu mempunyai kesan yang negatif terhadap rakan-rakannya. Sehingga dia sendiri yang merana. Kononnya kehidupannya gembira dengan kegiatan haram minum sana sini dan tidur bersama perempuan lain setiap minggu.

Tapi sebenarnya, dia seorang yang keseorangan dan memerlukan pertolongan.

Kami di Pengkritik Sandiwara telah menonton dan mengupas banyak pementasan. Tidak kisah pementasan kecil-kecilan, tempatan ataupun antarabangsa. Selubung, walaupun sebuah terbitan oleh universiti, berjaya berdiri sama tinggi di tahap profesional!

Isu yang ditonjolkan merupakan isu yang tidak mungkin dikemukakan mainstream media seperti saluran Suria (lol). Tidak boleh dinafikan bahawa perkara sebegini sebenarnya betul-betul berlaku dalam masyarakat kita.

Seorang hijabi berseks rambang, penuntut universiti berperangai tidak moral. Kalau di Suria, hanya individu yang kurang berpendidikan sahaja yang mempunyai sikap-sikap sebegini! Isu male privilege, patriarchy dan consent juga ditampilkan.

Cuma hairannya, kenapa Pentas Budaya tidak go further dan mengetengahkan isu identiti jantina (gender identiti) sempena bulan Pride ini?

Terdapat juga adegan lucu dalam pementasan ini. Baguslah, penonton dapat berketawa seketika dalam suasana yang amat tegang ini.

Cakap pasal penonton, kami agak kurang senang dengan reaksi penonton bila adanya adegan yang disifatkan sebagai lucah. It’s more cringe to see the audience reaction than the actors acting tbh.

Dan seperti pementasan sekolah yang lain, kami cuma kurang senang dengan cara mereka mengalih props. Dah lah black out lama, bunyi gedebak gedebuk kuat pulak tu. Bukan sahaja itu, para pelakon juga tidak melontarkan suara mereka dengan kuat.

Yang penting, lakonan watak Najwa, Syamsul dan Marzuqi amat bagus sekali! Syabas kepada para pelakon!

Ni lah akibatnya bila penonton tak biasa menonton teater. Semua yang baru dilihat dikirakan geli. Datang hanya untuk sokong rakan-rakan. Ekcili tak minat teater pun.

Semoga anak muda Melayu Singapura akan terus giat mengupas isu sosial masyarakat kita. Dirgahayu Melayu!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s