Kupasan Pementasan: Fatih – The Prince & The Drum

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Muzikal FATIH – The Prince & The Drum telah berjaya dipentaskan malam semalam di Teater Esplanade.

Diarah Garin Nugroho, ia sebuah muzikal yang penuh semangat dan amat gah sekali.

Mengisahkan tentang seorang putera yang ingin meneroka dunia dan pada akhir cerita dapat menyatukan dua kerajaan menjadi satu.

Namun, jalan ceritanya amat biasa-biasa sekali. Seperti menonton filem Lion King. Seorang anak raja (Fatih/Simba) yang kehilangan bapanya (Mufasa/Raja Menntika) dan keluar rumah (Sritanmira/Pride Rock). Di negara asing itu, putera tersebut mencari identiti sendiri. Terjumpa seorang kekasih (Cyanila/Nala) dan tergerak hati untuk kembali pulang untuk menewaskan raja palsu (Angker/Mufasa) yang sedang mendera rakyat jelata.

Tapi pada masa yang sama, Lion King juga bukannya cerita asli, ya. Ciplak. Huhu.

Walaupun begitu, penonton amat terhibur dengan muzikal ini. Ini kerana walaupun jalan ceritanya klisye dan pernah kita lihat, ia diceritakan dengan cara yang amat menarik sekali!

Jika tidak silap, setiap suku kaum mempunyai jenis dram yang khusus pada kaum mereka. Terdapat 3 suku kaum dalam pementasan ini, Sritanmira – kaum yang lebih bertamadun. Maialena – kaum gypsy ala-ala Moana. Dan kaum Tohmah – lanun kejam!

Penonton bukan sahaja dihiburkan dengan pukulan gerendang, malah terdapat juga tarian menarik, stunts, peralatan muzik yang lain-lain juga dimainkan!

Lagu-lagu yang dinyanyi juga agak rancak, sehingga orang ramai mengikut bertepuk dan berdansa bersama. Mungkinkah ia akan berada di Spotify? Lagu-lagunya juga banyak diilhamkan oleh peribahasa yang biasa kita dengar, itu membuat penonton senang untuk bernyanyi bersama, walaupun kita cuma tahu satu baris sahaja!

Tanggungjawab Riduan Zalani sebagai pencerita (dan juga pengarah muzik, penolong pengarah!) dalam bangsawan (yes, I’d dare say it’s tahap bangsawan) sungguh menghiburkan. Ini kerana wataknya borderline sarkastik, tapi tak sangat. Ini kerana wataknya memberitahu bahawa orang ramai amat suka cerita dongeng walaupun jalan ceritanya boleh diagak. Si jahat tewas dan si baik gemilang. Ironik, kan? Wataknya juga mampu mengajak penonton di seluruh teater sertai dirinya dalam menjayakan segmen berceritanya!

Setnya yang gempak, busana yang cantik menawan meletop fuh membuat muzikal ini lebih seronok dan mengasyikkan untuk ditonton. Cuma satu je yang pelik. Kenapa dewi bulan punya busana literally bulan? Hmm, ok.

Cuma, ia banyak menerapkan unsur tidak-Islam dalam muzikal ini. Akhirnya, kita pulang ke pangkal jalan nenek moyang kita, ya? Di mana kita pernah menyembah dewa-dewi alam. Tapi, dalam masyarakat fantasi polytheist ini, kenapa watak Fatih ada menyanyikan sebuah lagu dan menyebut “-Nya” untuk refer to Tuhan? Adakah Tuhan itu satu atau pelbagai dalam dunia ini?

Secara terus terang, inilah muzikal Melayu skala besar terbaik pada abad ini. Semoga ia akan menjadi kayu ukur untuk muzikal Melayu akan datang. Masih ingat Bangsawan Raden Mas? A flop.

Malang sekali, it was only a one night show. Mungkin kerana tidak mahu panggung lengang kot? Sksksksks.

Tahniah kepada Nadi Singapura, Esplanade Pesta Raya dan semua yang terlibat atas kejayaan ini. Semoga gabungan seperti ini akan berlaku lebih kerap agar seni Melayu akan terus maju.

Kami berharap ada perancangan untuk restage persembahan ini. Dan jika ada, harap up-kan harga tiket. Dan perbaiki jalan cerita?

Dirgahayu Melayu!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s