Rahila Rashun & KpBlvck timang anak kedua

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pasangan selebriti, Rahila Rashun dan KpBlvck, telah selamat sambut kelahiran anak kedua mereka baru-baru ini!

Ucapan tahniah terhadap Rahila Rashun membanjiri siaran Instagram Mediacorp Suria awal pagi tadi apabila Suria mengumumkan berita bahagia ini.

Di Instagram KpBlvck pula, nama bayi mereka didedahkan!

Menurut catatan KpBlvck, nama diberi kepada anak kedua mereka adalah Al Harraz.

Pada masa yang sama, KpBlvck juga mengongsikan peristiwa yang berlaku ketika Al Harraz dilahirkan.

Menurutnya, terdapat seorang bidan dan bidan pelatih yang menguruskan Rahila dan ketika itu, dipercayai bahawa bidan pelatih menekan kepala bayi itu.

Kini, anak kedua mereka diwadkan dek kecederaan di otak dan pengumpulan darah di sebelah kanan kepalanya.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihati untuk mendapatkan specialist dan bukan pelatih/pelajar untuk mengendalikan kelahiran bayi. Mereka berharap doktor neuro boleh menghuraikan situasi ini.

Di IG Storynya, Rahila meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraan anaknya supaya dapat pulang ke rumah.

Kami juga berharap adik kepada Maheera Bibi dapat pulang rumah secepat mungkin agar dapat ke pangkuan kakaknya!

InsyaAllah, segala urusan berjalan dengan lancar, dan kami doakan terbaik buat Al Harraz serta Rahila dan keluarga! Semoga tabah menghadapi cabaran yang menduga ini.

Pada minggu yang sama juga, Atyy Malek melahirkan anak sulungnya! Tahniah buat kedua-dua keluarga ini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Mediacorp Suria // KpBlvck)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s