Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tahun ini adalah tahun ganjil dan oleh kerana itu, Suria akan mengadakan acara anugerah dwitahunannya iaitu PESTA PERDANA! Ini kerana Suria amat ganjil dan tidak mempunyai cukup bakat serta rancangan untuk adakan Pesta Perdana setiap tahun.
Pencalonan bagi Personaliti Paling Popular Lelaki dan Wanita telah pun ditutup baru-baru ini. Sempat tak anda semua nobatkan selebriti kesayangan anda? Atau anda semua tidak kisah akan industri hiburan tempatan? Kahkahkah, GITEW! Mungkin tahun ini Nurul Aini boleh merangkul balik takhtanya yang dirampas Hannah Delisha tahun lalu? Siapa pula yang akan menggantikan tempat Hisyam Hamid?
Secara peribadi, saya stan Norman Ishak kerana lakonannya yang mantap dan amat berkesan. Dia juga terlibat dalam banyak drama tempatan pada musim 2017-2019 so, dia lebih aktif dan sering muncul di kaca televisyen jika dibandingkan dengan selebriti lelaki yang lain. Tetapi, oleh kerana anugerah ini mengutamakan PERSONALITI, saya rasa Norman Ishak ni tak begitu mahir dalam menonjolkan dirinya sebagai seorang selebriti. Lihat sahaja socmednya, he doesn’t know how to engage with his fans. And tbh, dia tidak begitu fashionable dan ranggi. In other words… buruk. Ini boleh menyebabkannya untuk tidak memenangi anugerah ini walaupun saya berpendapat dia amat berbakat dan layak!

Bagi kategori wanita pula… entah. Saya tidak ada siapa-siapa di fikiran. Asalkan Nick Mikhail tak buat bising sudah. hahahah.
Saya juga tidak sabar untuk melihat pencalonan-pencalonan lain kerana saya ingin lihat drama apa yang dinobatkan dan sebagainya. Pasti saya akan menulis ramalan bagi tahun ini sekiranya Suria sudah mengeluarkan pencalonan!
Jangan lupa untuk menonton Pesta Perdana pada 30 Mac ini!
Saya juga ingin membuat pengumuman. Sepanjang 4 minggu yang lalu, saya telah aktif mengemaskini blog ini kerana jadual saya amatlah kurang padat. Namun, mulai esok, ibu mertua saya sudah pun memberitahu saya bahawa saya harus kurang luangkan masa di depat komputer riba saya. Ini kerana due date saya hampir tiba! Mungkin saya tidak akan blog sekerap (maybe once/twice a month, depends) kerana dalam pantang! Huhu.
– Pengkritik Sandiwara
It’s not open to public ke? Nk dpt kan Tix dia mcmne?
LikeLike
Kami kurang pasti.
LikeLike
Dapatkan di sini: https://www.facebook.com/MediacorpSuria/videos/2278899519104166/?__xts__%5B0%5D=68.ARCPCGfhJO0ecs0QKZ0Dnd0t2zOsLSReZXZbbV9cbao4RRcV4xfDgdz3H42uWreoMOlbtJgIhPNavRx29YVb8fbOfyLkAVVNuwuYEgUO8_1Sd6najEXc29VMUPPm6CWqgErGrTrgeT0LkUeHGlqy73ooYLzQebmmb9rLhAAef6PmeswTY-uI9gY0ztI50Ldv_kbo8B8WvixLCAo6koa8wIS38H1YHv1R3pMeydSwlxXsVg2YiM5YJouX69_myLqsFguPciInl7akDutwYfPaZtmVStDEFQw7VtmfxC6Dqd57HNMhpKPrp62G2GpBYPCkwaOKESYsxUY0X01MXXi8IYbi35hYvKCD&__tn__=-R
LikeLike