Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Bagi ulang tahun mereka yang ke-10, Theatre For Seniors dengan bangganya persembahkan It Takes All Kinds, sebuah pementasan yang dirancang dan dipersembahkan oleh warga emas!
It Takes All Kinds merupakan hasil kerjasama TFS dengan Setagaya Public Theatre dari Tokyo. Menurut pengarah artistic The Necessary Stage dan pengasas TFS, para warga emas ini amatlah terlibat dalam proses pembikinan pementasan ini di mana mereka juga turut menulis karya ini dari mula hingga akhir.
Diarah oleh Serena Ho, It Takes All Kinds mengisahkan tentang cinta dalam keluarga menerusi peristiwa dan pengalaman warga emas. Pasti ramai yang ingin tahu apakah rahsia mereka dalam mengekalkan kesejahteraan keluarga, bukan? Lagi-lagi panduan daripada otai-otai kita. Gerenti nasihat dan pengajaran yang boleh diraih melalui pementasan ini boleh dipraktikkan di rumah demi keluarga bahagia.
Antara yang akan menjayakan pementasan ini adalal Elsie Tan, Irene Ong, Jessie Seng, Kathleen Neo Ai Lian, Krishnan Sagaram, Ong Suchzeng, Freddy Lim, Nicholas Cheong, Terri Chua, Thomas Lim dan Willam Hiu.
It Takes All Kinds akan diadakan di Marine Parade Community Theatrette pada 1-3 Mac 2019. Tiket-tiket boleh didapati di sini.
– Pengkritik Sandiwara