Rintihan Hati: Episod 6

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dah masuk episod ke-6 drama ini! Drama ni 13 ke 8 episod eh? Macam takde klimaks yang mencanak gitew. Mendak aku tengok drama klisye dengan lakonan Alia dan Fitri yang tak seberapa.

Rahman mendapat tahu isterinya curang. Masing-masing curang. Kosong-kosong. Mereka berbincang dan bukan bergaduh secara fizikal. Bagus, Suria! Suria menunjukkan bahawa sepasang suami isteri yang bukan warak, tidak berpegang teguh pada agama, mampu berbincang secara berhemah tanpa keganasan dan lafazan talak.

Fitri tak jadi sewa rumah sebab wang simpanannya dicuri. Weakling, sampai bila nak dibuli? Rakan ehemehemnya (Daniel) sarankan tinggal di rumahnya (ye lah tu horny boi) tapi Fitri rejek sebab dia dah lali tinggal dengan Zana! Kononnya dia nak step survivor.

Zana terus mencari kerja tapi apabila diberitahu dibayar setakat $2500 sebulan, dia tak puas hati sebab dia lebih gempak daripada itu. Padahal dia tak bilang dia lesapkan duit syarikat abeh nak tunjuk marah hahaah padahal dia miskin. Beggars can’t be choosers but, ok work.

Rahman bersemuka dengan Eddy. Eddy jelaskan bahawa skandalnya bersama Rozi bermula secara tidak sengaja sampailah hari ini… Eddy ingin berubah dan beritahu Rahman bahawa Rozi sentiasa fikirkan Rahman… Ok, how does cheating work? Entah lah eh, tak betul. Suria terlalu songsang dengan unsur sumbang mahram dalam drama mereka baru-baru ini!

Alia dikejar tailong, alhamdulillah diselamatkan oleh seekor Pak Haji yang sedang membuang sampah. Padahal Pak Haji tu cakap oi ke apa abeh tailong tu semua takut hahaha urgh what even!

Zana ingin sebahagian duit peninggalan arwah ibu bapa anak yatim tersebut. Padahal dia takde hak langsung… Suaminya hampir-hampir menampar tetapi Alia sempat elak sehinggakan sampai tertolak Papanya membuat Papanya tercampak dan terhentak dinding! Papanya pun dikejarkan ke hospital akibat angin ahmar kerana keretakan di kepala.

Abeh si Fitri ni disebabkan duit sewa dan pakciknya di hospital, dia tertekan dan tiba-tiba nak cari gaduh dengan pakwenya. Moody benor. Kesian pakwenya… Padahal dia cuma ingin beri bantuan emosi dalam waktu-waktu susah.

Eddy pulang ke rumah mummynya untuk mengemas baju… Dia nak pulang ke pangkal jalan. Amin. Eddy jelaskan bahawa wanita yang mummynya maksudkan adalah adik kandungnya yang telah lama berpisah. Eddy memberitahu bahawa dia malu dengan adiknya jika adiknya tahu akan keadaannya yang songsang sekarang. Mummynya nangis teresak-esak dan menghalau Eddy.

Zana, Alia dan Fitri bersiap sedia untuk pindah rumah kerana ingin jauhkan diri daripada tailiong-tailiong yang asyik menyerang Alia. Zana marah dengan Fitri dan suruh dia tunggu Pak Longnya sedar dari koma dan tanya tentang Fazli/Eddy. Alia tetiba “MESTI CARI ABANG” hahaahahaahahah kelakar wei urgh.

Fitri meminta maaf kepada pakwenya atas kelakuannya yang tidak munasabah. Dia pun beritahu pasal Fazli. Doktor berkata Pak Longnya akan berada dalam keadaan yang sama untuk waktu yang lama. Alah mati sudah la so jadi macam cerita Cinderella gitu.

Ekcili cerita ni nak ke mana? Kalau Pak Long ni mati, hidup Fitri semakin susah. Abeh si Zana dan Alia nak lari sampai bila? Diorang berdua tak kerja so nak korek duit macam mana? Makan pasir eh? So… Eddy/Fazli akan pulang ke rumah tapi rumah penuh dengan cat merah????? Dan tidak dapat jumpa adiknya kerana adiknya dah pindah? Sis pening. Bye.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s