Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. (Hampir) segala soalan yang membelenggu para peminat Siti Nurhaliza telah dijawab! Akhirnya, penganjur konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour, Shiraz Projects, telah mengumumkan tarikh penjualan tiket serta susun atur tempat duduk bagi konsert di Singapura yang bakal berlangsung pada 2 Mac ini.
Pihak kami terkejut melihat harga-harga tiket bagi konsert seorang DIVA yang telah lebih 2 dekad berkecimpung dalam seni nyanyian ini. Harga permulaan setakat $65? Dan perbezaan harga di antara kategori SILVER dan GOLD hanya sekadar $30? Manakala PLATINUM dan GOLD $50 padahal mereka sebelah-sebelah? Apa ni? Bukan itu sahaja, harga tiket yang berkemampuan ini boleh menimbulkan masalah. Ini kerana ramai orang yang mungkin mampu membeli tiket DIAMOND dan ia tidak membuat kategori tiket itu eksklusif, dan oleh kerana itu, tiket DIAMOND mungkin akan terjual dengan pantas. Perbezaan harga antara DIAMOND dan PLATINUM setakat $30. Semestinya jika seseorang ingin membeli PLATINUM, dia akan berkata “might as well” beli DIAMOND sebab hanya $30 tambah. Perbezaan harga agak negligible, tak rasa gitew.
Kami juga diberitahu bahawa sesi Meet & Greet akan diadakan pada keesokan harinya (3 Mac). Agak-agak di mana, ya? Di hotel? Di Expo? Di kelab masyarakat? Hmm… Harap-harap mereka-mereka yang membayar $400++ tidak akan dikecewakan.
Tentu sekali isu harga murah ini hanya sekadar #firstworldproblems lmao
Jika dibandingkan dengan harga tiket di Malaysia, harga permulaan juga agak rendah dan perbezaan antara kategori dalam lingkungan RM50 – RM140. Mungkin Shiraz Projects ingin consistent with their tickets prices serta perbezaan harga antara ketegori dan oleh kerana itu, mereka mengambil harga tiket Malaysia sebagai rujukan. Y’all could have kikis-ed duit warga Singapura dengan tidak hiraukan currency exchange but nampaknya korang takde financial advisor or whateva.
Shiraz Projects gagal memberi maklumat sepenuhnya kepada peminat. Seperti sama ada tempat duduk free seating atau tidak kerana isu ini berlaku untuk penjualan tiket bagi konsert di Jakarta. Mujurlah mereka berkata ia numbered seats tetapi bolehkah peminat pilih tempat duduk yang mereka inginkan atau kami akan diberi tempat duduk bernombor tanpa diberi peluang untuk memilih..? Peminat juga ingin tahu sama ada tempat duduk di belakang akan dinaikkan atau hanya sekadar flat.

Bukan itu sahaja, Shiraz Projects juga tidak memberitahu lokasi sebenar. Sama ada ia dewan expo atau Max Pavillion. Sekali lagi kami dikecewakan kerana setakat Expo Dewan 3 hahaha. Tak gempak betul.
Tepat pada jam 12 tengahari tadi, ramai yang cuba membeli tiket. Tetapi, seperti yang dijangkakan, terdapat masalah teknikal!
Nampaknya lelaman mytickets.asia hanya benarkan pembelian tiket pada jam 12 tengahari GMT, iaitu 8 malam waktu Singapura. Mujur masalah ini cepat dibetulkan dan pihak Pengkritik Sandiwara dapat membeli tiket! Tetapi malangnya tiket-tiket depan sudah habis dijual (sebab murah)!
Bukan itu sahaja, layout dan cara lelaman ini agak berlainan jika dibangdingkan dengan lelaman seperti Sistic! Agak keliru sekali kami dibuatnya. Tiket-tiket bagi Meet & Greet dan Diamond hampir lesap! Lebih dari separuh dah terjual manakala yang murah-murah punya, tak laku sebab nampak apa eh nanti?
Saya cuma berharap bahawa pada hari persembahan, semuanya akan berjalan dengan lancar. Segala perkara logistik, isu keselamatan, skrin dalam dewan, audio, makanan, media pass, aircon, lighting dan segalanya akan ok. Jangan pulak dah sampai nanti ada masalah. Sebab saya takut we get what we paid for… Faham tak? Benda murah ni ahahahha. Kalau penjualan tiket sebelum konsert je dah masalah, apatah lagi konsert sebenarnya pada hari yang akan datang. Mampuih.
Siapa agaknya penyanyi yang akan membuka tirai konsert ini? Farisha Ishak pernah menjadi opening act bagi konsertnya di Star Vista pada 2014, kali ini siapa pula? Roziana Cindy ke?
– Pengkritik Sandiwara