Hilang Kasih Di Sarajevo: Episod 2

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sudah masuk waktu untuk kami memberi komen serta analisa kepada drama blockbuster episod kedua ini. Ayuh kita lihat apa yang akan terjadi dalam drama ini, ya!

Kenapa ramai orang tanya pasal kemurungan Rahman seolah-olah ia bukan perkara peribadi? Tak sensitif langsung! Oleh kerana gosip yang tak berlandaskan bukti-bukti kukuh, Rahman terkilan dan frust tonggeng dalam bilik tandas. Nasib Zack pujuk dia.

Rahimah stress sebab agak sesak dari segi kewangan. Dia meminta nasihat ibunya bagaimana nak jadi ibu tunggal sempurna.

Ramona terjumpa Emina di pelancaran/event abeh si Ramona terus nak bitch face? Atas sebab apa? Sebab dia menawan? Tak betul. Abeh dia dengan sengaja nak cakap yang dia ada suami… Kenapa? Padahal suami dia dalam toilet. Takot Emina curi suami dia ke? Suami dia pun muka setakat kot, Emina tak heran. Apakah niat dan motif Ramona memberitahu Emina bahawa dia sudah bersuami? Agar orang tau dia bukan andartu? Lainlah kalau Emina tu jantan dan dia beritahu Emina dia dah berkahwin, boleh dia elak Emina daripada mengurat dengannya. Melainkan Emina atau Ramona ni… Lesbianita!

Ibu Rahimah merupakan watak yang menyampaikan mesej pemerintah. Dalam episod ini, dia sarankan penonton untuk mengambil kursus di kelab masyarakat menggunakan Skills Future or sumtin. Dan masih terdapat adegan merepek di dalam kereta grabnya.

Keesokan harinya, Ramona termuntah-muntah. Dia hamil? Tiber..! Abeh berbual pasal kesilapan dahulu. Dia pernah curang ke?

(imbas kembali kepada tahun 90an) Young Rahman kembalikan selendang Zana dan rasa menggelabah sebab dia dah jatuh cinta gitew. Padahal baru jumpa kurang daripada seminit. Fikiran dah melayang sampai ke mana. Senang turn on ke, bang?

Emina tersalah rumah apabila mencari rumah Rahman. Rumah sebelah je kot. Klisye ni semua! Kononnya dekat tapi jauh.

Hal hak jagaan alia masih dipertikaikan. Urgh. Hal Rahimah dan bekas suaminya boleh dikeluarkan daripada drama ini kerana terdapat drama-drama yang lain yang telah mengongsi kisah seperti ini. Nothing is new, Suria. Rahimah pun ke kursus membuat kuih. Ok?

Emina tutur Bahasa Indonesia variasi mana? Tak konsisten langsung! Buat lebih research, please.

Ramona dan kuncu-kuncunya ingin membuka syarikat modelling. Alhamdulillah, mereka pintar. Ada rancangan untuk buat kerja lain kerana dah tak laku sebagai peragawanita! Prestige Models? Hahahaha. Takpelah, nasib bukan Elit (lol) atau SGInstaBabes!

Zack cuba meyakinkan Rahman untuk kembali melukis. Dia ingin Rahman kembali ke Bosnia untuk mencari mojo. Entah siapalah mojo ni. Setelah itu, Rahman pun mula melukis dan teringat kisah lama di Bosnia. Masa dia nak menambat hati Zana. Cerita pasal Paris, pergi rumah Zana walaupun bapa Zana halang. Abeh cakap be father of our child? Hmm… Baru kenal dah janji ni semua. Pui.

Akibat kecederaan yang menimpa Rahman sebabkan perang di Bosnia, Rahman mandol dan tidak boleh ada zuriat. Tetapi! Ramona hamil 7 minggu… So, air mani siapakah yang bercantum dengan telur Ramona? Wow, skandalisme!


Jadi, apakah inti drama ini? Kisah cinta antara Rahman dan Zana? Kalau boleh, saya hanya ingin tahu itu sahaja. Yang lain seperti hal rumahtangga Rahimah dan mantan suami, syarikat/agensi modelling Ramona, mesej pemerintah yang diberitahu oleh ibu Rahman dan sebagainya semua tak payah sua. Kita fokus kepada cerita sebenar. Buang airtime je ceritakan kisah lain-lain.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s