Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pasti ramai peminat filem seram tahu bahawa filem terbaru bertajuk Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur kini sedang hangat di pawagam! Filem ini merupakan satu penghormatan khas yang diberikan kepada Ratu Filem Seram Indonesia pada satu ketika dahulu!
Dibintangi oleh Luna Maya (Suzzanna) dan Herjunot Ali (Satria), filem ini bukanlah “remake” filem-filem dahulu Suzzanna, malah ia sebuah kisah yang baru dengan babak-babak ikonik filem Suzzanna yang diberi nafas baru!
Segala pujian bagi pasukan solekan kerana membuat wajah Luna Maya mirip dengan wajah Luna Maya. Namun, oleh kerana topeng (?) atau solekan yang agak tebal, lakonan Luna Maya kelihatan kekok apabila kamera zoom ke mulutnya kerana seperti tidak bercakap pun. Skrip si Luna Maya ni pun “hmm” “ahh” “hhhhhh” hais boleh buat orang tak beriman kuat naik nafsu!
Apa yang saya suka mengenai filem ini adalah ia menunjukkan penonton perspektif berbeza jika dibandingkan dengan filem-filem hantu lain. Penonton diajak untuk memahai mengapa pontianak atau sundal bolong ini membalas dendam dan setelah tamat filem ini, seolah-olah rasa bahawa tindakan hantu ini “munasabah”. Apa yang bodohnya adalah para jantan-jantan yang boleh lari rumah Suzzanna setelah pecah masuk tapi akhirnya terbunuh Suzzanna yang sedang hamil. Hmm… Men r trash. Padahal boleh lari, tak nak. Nak cari masalah.
Terdapat satu babak yang amat lucu di mana bomoh/dukun dibunuh oleh Suzzanna. Nampaknya jampi serapah dia tak mujarab! Weak. Mata dah kenek tikam, dia masih nak berjalan-jalan dan step hero. Kelakar.
Selain itu, kewujudan watak-watak yang bekerja di rumah Suzzanna amat mencuit hati! Mereka dapat menenangkan jantung penonton yang berdegup-degap setelah menonton adegan yang menyeramkan!
Saya sarankan anda semua tonton filem ini kerana ia lain daripada yang lain! Agak seram dan gore tetapi pada masa yang sama menghiburkan! Isu-isu seperti keselamatan di tempat kerja juga diutamakan.
– Pengkritik Sandiwara