Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Akhirnya saya ada masa untuk menonton drama blockbuster Hilang Kasih Di Sarajevo! Dan tentu sekali drama ini tak akan terlepas daripada kritikan pedas lagi bernas Pengkritik Sandiwara.
Jika anda ingin membaca “intro” drama ini, klik di sini.
Dalam episod ini, kita hanya melihat Norman Ishak, Hasnul Rahmat, Rima Melati Adams, Nurul Aini, Adlina Adil, Fir Rahman, Hatta Said, Shenty Feliziana dan Hamidah Wahab. Saya rasa tu setengah kot? Yang lain belum muncul lagi.
Kepada pembaca baru atau mereka-mereka yang mempunyai minda yang tertutup, harap maklum bahawa pos yang bakal anda baca merupakan analisa kritikal yang menumpu perhatian kepada maklumat yang kecil namun penting. The nature of the content agak “negatif” kerana jika anda ingin baca benda-benda positif, you should have continued your support for Manja Magazine di mana mereka memberi ulasan positif sahaja. Namun apakan daya Manja dah muflis. Jom kita mulakan sesi kritikan ini!
Permulaan yang agak slow ya. Pembacaan skrip sepatah demi sepatah. Untuk tangkap feels gitew.
(flashback 1990)
Tiba-tiba ada seekor wanita berbasikal di semak-semak dalam hutan. ??????????????? apa ni hahahhaha abeh si Rahman step terjatuh padahal tak terlanggar pun! Ni semua permulaan cinta la kan. Adegan yang pernah kita lihat sejuta kali.
Dan apabila si Rahman sedang melukis kambing, si gadis ni terlanggar dia sampai merosakkan lukisannya. Takkan la tak nampak ada mamat tengah buat kerja kat situ, buta… Abeh kata break tak berfungsi..? Huh? Ni drama Suria dibawakkan ke Bosnia pun masih ada unsur-unsur ketidakmasukakalan. Abeh perempuan tu masih ah nak kayuh basikal di uneven surface??? Walaupun brake tak berfungsi… Abeh step scarf termelayang kononnya Rahman akan kembalikan scarf tu… Hmmmm ok padahal dalam babak sebelumnya dia ikat scarf kat beg but entah aku rasa angin tahap ribut taufan sampai terbukak ikatannya. Kalau dah jodoh, Allah akan selesaikan segalanya, kan?
Pada masa kini, Rahman telah sembunyikan dirinya daripada dunia dan manager/kawannya (Zack) cuba sedaya upaya untuk meyakinkannya untuk kembali ke dunia seni or whateva. Zack juga ingin dia menjual lukisan portrait seorang wanita tetapi Rahman mengatakan bahawa ia bukan untuk dijual! Sentimentel value lattew.
Anak buahnya, Alia, main tembak-tembak dan dia terimbas kembali waktu perang di Bosnia sampai trauma gitew.
Watak Rima Melati dan Adlina Adil hang out di bar untuk minum… COKE HAHAHAHAHA APA NI???? Step sak nak rakam kat bar abeh minum coke?????? Jumpa kat kedai kopi sua. Abeh rambut palsu watak Nurul Aini pun buruk tau, tak tau nak betulkan ke… Drag queen pun ada work ethics yang lebih bermoral daripada pengurus busana/solekan drama ini, agar wig mereka kelihatan seperti rambut semula jadi.

Rahimah (adik Rahman) bercerai dengan Shahrul (Hatta). Shahrul ke rumah Rahman untuk tuntut jagaan anak mereka padahal Rahimah dah dapat hak jagaan Alia. Tak betul! Abeh si Zack nak step hero ah jaga Alia, hantar balik rumah all. Hmm cinta berputique la tew.
Terdapat babak di mana ibu Rahman memandu grab. Penumpangnya bertanya tentang kerjanya dan whatever. Dia katalah dia bahagia pandu grab abeh penumpang bapok tu kata inspirasi?? Apa sak setakat tau? And tu babak apa? Tak ada kesan jangka panjang pun.
Semasa bersiap sedia untuk acara makan malam/ event apa ke benda, si Rahman asyik terimbas kembali waktu-waktu perang di Bosnia. Dia mencapai ubat-ubatnya agar dapat tenangkan diri.
Abeh isteri dia (Rima Melati) pakai scarf setakat dan ini mengakibatkannya dia teringat matair dia back in Bosnia. Padahal scarf warna lain seh, tu pun dia nak melebih.
Ni loghat apa?
Ok, so ni drama pasal apa eh? Watak utamanya, Rahman, asyik terpikiak pasal Bosnia dan kekasih lama. Mungkin akan bertemu sekali lagi atau anak kekasihnya akan mencari Rahman dan ini akan membawa drama kepada keluarga Rahman! Isteri Rahman pula sedang mengalami mid-life crisis bersama girlfriendsnya di mana dia kini mungkin akan berbotox. Walaupun dah lanjut usia, dia fikir dia masih laku sebagai peragawanita. Jadi mentor sudah la. As a model, you should know the industry only want young models. Abeh nak merajuk tak tentu pasal? Dan rakan-rakan dia pun ada masalah sendiri. Adakah kita akan teroka kisah-kisah mereka walaupun bukan watak utama? Rahimah pula ada masalah dengan bekas suaminya dan mungkin anaknya akan suruh dia mengahwini Zack walaupun dia tidak ingin daddy baharu? Ibu mereka yang memandu grab… apa cerita?
Ni la drama Suria, watak utama satu tapi kisah-kisah watak lain punya kawan pun nak ceritakan padahal kita tak kisah pun… Kita tunggu je lah eh drama ni pasal apa. Sejauh ini, saya rasa saya suka konsepnya. Jalan ceritanya… tunggu je lah!
Tonton di TV dapat peluang menang tiket. Siapa kuasa?
– Pengkritik Sandiwara
[…] dibintangi pelakon yang berkelas A+ seperti Adi Putra, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah dan ramai lagi, jalan cerita filem ini membuat pengalaman menonton […]
LikeLike