Rintihan Hati: Episod 5

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dah masuk episod ke-lima dah drama penuh skandal dan kekejaman ala sinetron ni! Apa yang akan Eddy lakukan dan apa yang Fitri nangiskan? Jom kita menelaah episod ini!

Alia menerima mesej daripada nombor yang tidak diketahui. Dalam mesej tersebut, dia disuruh membayar hutang secepat mungkin. Lepastu dia frust tonggeng. Ni lah akibatnya drop out dari sekolah, otak semakin bodoh. Tak tengok jejak jenayah ke? Mana tahu ini skim penipuan? Si Alia ni mangsa penipuan pakwenya dan tailong tidak bertauliah! Bodohnya dia! Tak pasal-pasal nak rasa tertekan. Bahlol betul! Selalunya watak jahat kan licik? Ni tak, bengong semacam! Sebenarnya, pakwenya telah gunakan maklumat peribadinya untuk meminjam wang daripada tailong! Bodohnyeeeeeeee Alia ni!

Zana pula tanya tentang pelaburan $10,000 yang telah Alia berikan kepada pakwenya. Dah lama Zana tunggu hasil sebab nak bayar syarikat dia. Mereka pun bergaduh. Tu la sayang anak sangat sampai tak terfikir sama ada pelaburan tu sahih ke tak. LOL.

Eddy masih terbayangkan adiknya yang dia terjumpa di restoran tadi. Dia kesal dia tak tegur adik dia… Rindu lattew.

Fitri meluahkan kesyukuran terhadap Pak Longnya. Pak Long berkata ia menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Fitri. Abeh abang dia???? Abaikan sebegitu? Child Services tak buat apa-apa ke? Hmmmmmmmm. Takkan tak ada penjagaan rasmi or whatever yang harus pak long dan mak long tandatangan? Diorang lupakan Eddy 100% ke? Mess.

In other news, does Suria actually know the definition of anak ikan? Si Eddy ni ada hubungan intim eksklusif dengan Mama dia ke..? Geli hahahaha. Terpaksa Mama dia main dengan dildo sebab Eddy kunci bilik malam tu kerana ingin taubat. Si Eddy ni jadi anak ikan semenjak umur 15/16 tak ada kesan psikologi negatif atau apa-apa ke? Tak nak report Mummynya sebagai pedophile ke..?

Zana mula menjual beg-beg tangan berjenamanya di Carousell. Kasihan… Dan apabila ditegur oleh suaminya, dia melenting? Merepeknya si dekni ni hahahha, ego melambung! Tetapi, dia cuma mampu bayar $3,500 sahaja! Nasib syarikatnya kasi extension. Dia juga merampas wang daripada Fitri! Si Fitri tu weak ke abeh tak lawan balik? Urgh bodoh sak dia kalau aku dah lempang dah Zana gila tu! Sesuka hati nak rampas duit. Pui. Atas sebab nak bayar duit rumah sebab menumpang? Kalau ye pun, tetapkan lah duit sewa bulanan. Fitri tu bekerja so dia mampu bayar. Bukan macam Alia!

Rumah mereka disimbah cat merah! Dan nama Alia tertera hahaha padan muka! Zana memarahi Alia dan tersembur pasal dipecat. Terkejut suami dia ahahah. Eddy pula tertembung dengan Pak Longnya di bawah blok. Sekian lama tak bertemu, gitew. Mereka pun berbincang tentang hidup, pulang ke pangkuan Fitri, wang wasiat tapi Fazli/Eddy hanya ingin closure dan masa untuk pulang.

Mummy Eddy menghias rumah secara seksual dengan lilin beraroma serta kelopak-kelopak bunga mawar. Dia menelefon Eddy untuk balik segera, tetapi, suaminya terdengar perbaulannya dan terkejut sehinggakan terpecah gelas. OMG double standard jantan! Dia nak skandal dan main kayu tiga ok je tapi isteri dia nak puaskan nafsu bila dia outstation tak boleh??? Padahal dia bukan outstation pun!! Berfoya-foya dengan betina mana entah. LOL. Apa yang penting, kalau buat maksiat, jangan kenek tangkap!

Semakin belit drama ni! Apa yang akal terjadi kepada pasangan yang bermain kayu empat ni? Eddy/Fazli akan bertaubat? Fitri akan terus menjadi weakling? Alia pula akan sentiasa ditipu? Perkahwinan Jamal dan Zana akan kekal ke dengan wujudnya ketegangan dan ketidaksefahaman dalam perhubungan mereka? Hmmm…

–Ā Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s