Penganjur Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour Tidak Cekap?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pada 7 Januari semalam peminat Diva Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Sitizoners yang berada di Singapura dan Indonesia amatlah menunggu jam di dinding berdetik sehingga 12 tengahari! Kenapa? Ini kerana pihak penganjur (Shiraz Projects) konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour telah berjanji kepada peminat-peminat di rantau ini bahawa tiket-tiket bagi konsert di Singapura dan Jakarta akan bermula tepat pada 12 tengahari semalam!

Agak pelik kerana tiket-tiket bagi konsert Malaysia telah mula dijual padahal tarikh konsert di Malaysia kendian tau, 16 Mac berbanding 21 Februari di Jakarta dan 2 Mac di Singapura.

Hanya beberapa minit selepas jam 12, ramai peminat Singapura yang tertanya-tanya di manakah penjualan tiket yang dijanjikan.

Ramai yang meluahkan perasaan di bahagian komen Shiraz Projects juga!

screenshot 2019-01-08 at 12.03.41 pm

Ada yang sampai telefon pihak penganjur, youalls! Namun, ada juga yang husnuzon dan mengatakan bahawa mungkin jam 12 tengahari waktu Indonesia Barat (WIB)! Haha. Pada 12 tengahari WIB pun tiket-tiket tidak muncul di lelaman mytickets.asia! Kenapa eh? Shiraz Projects tidur ke? Kenapa mereka tak biarkan syarikat tiket tempatan (seperti Sistic) tanggung kerja-kerja di Singapura sahaja? Kan lebih senang (walaupun mungkin akan makan belanja lebih sedikit).

Siti Nurhaliza sempat berIG Live petang semalam kira-kira dalam jam 1/2 gitu. Apabila ditanya tentang penjualan tiket di Singapura, Tokti jawab “saat lagi” hahaha comelnya!

Pada jam 8 malam semalam, barulah mereka mengeluarkan pemgumuman baru.

Shiraz Projects menyatakan bahawa penjualan tiket untuk Jakarta akan mula 10 malam semalam manakala untuk Singapura……… masih belum diketahui. Apa ni? Masalah apa yang sedang mereka lalui?

Namun begitu, peminat Indonesia juga tidak puas hati dengan pihak penganjur!

Ini kerana bagi mereka yang memilih bahagian Platinum, Gold atau Silver, ia merupakan… FREE SEATING! Apakah maksud ini? Peminat terpaksa datang awal dan berpusu-pusu untuk mendapatkan tempat duduk yang bagus ke? Mampus, pasti kecoh di panggung nanti boleh buat GADUH NI! (sumber saya menyatakan bahawa mereka yang beli diamond tiket pun MUNGKIN free seating kerana tiada seat number)

Peminat Singapura berharap sangat tiada free seating kerana mereka sanggup bayar lebih untuk dapatkan tempat duduk yang mereka inginkan. Kita tak nak duduk Siti Situ Sana Sini sembarangan. Peminat Singapura dan Indonesia juga terpaksa bersengkang mata di depan komputer semata-mata untuk dapatkan tiket awal-awal supaya dapat tempat duduk yang bagus, bukannya untuk pergi ke konsert awal-awal pada hari konsert tersebut! Kesian mereka semalam curi tulang di kerja untuk tunggu tiket! Mereka juga menggesa Shiraz Projects mengeluarkan seating plan bagi konsert di Singapura. Ini kerana ia sudah jadi perkara biasa untuk umumkan seating plan sebelum penjualan tiket agar peminat boleh memilih kategori tiket yang ingin dibeli!

Masa untuk Shiraz Projects to step their pussy up! Kita tidak mahu konsert ini mendatangkan kemarahan atau tidak berjalan dengan lancar. Ayuh kita berdoa sama-sama agar semuanya beres, ya? Jangan nak bring back Tanacon pulak!

Saya rasa Shiraz Projects merupakan syarikat yang agak baru dan pernah anjurkan konsert Ruffedge di Big Box. Patutlah mereka pilih expo untuk konsert Tokti… Setakat. Hampa dan sendu ye?

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s