Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dah lama tak dengar berita tentang kes pencurian identiti dengan tujuan menipu di Fesbuk, kan? Tapi, sekumpulan scammers ni tak nak putus asa! Baru-baru ini, DJ Ria Nity Baizura pula menjadi sasaran.
Dalam catatan Facebooknya, Nity menulis bahawa dia telah menerima banyak pesanan daripada rakan-rakan, pengikut dan pendengar (Ria) mengenai akaun media sosial yang menyamar sebagai dirinya, menanyakan tentang maklumat dan kata laluan untuk sertai sesuatu perdauan.
Nity menjelaskan bahawa tiada peraduan yang sebegitu dianjurkan oleh dirinya mahupun Mediacorp.
Nity juga bertambah bahawa mereka (Mediacorp) tidak akan menanyakan maklumat peribadi yang melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Korang di luar sana hati-hati, ok? Dan jom kita sama-sama tolong laporkan akaun bedek ni seperti yang diseru Nity!
INI AKAUN FAKE, JOM REPORT
Nampak gaya, kalau takde scammer cuba menyamar sebagai selebriti setempat tersebut di Facebook, selebriti tu tak cukup meletopz. Maaf, we don’t make the rules!
– Pengkritik Sandiwara