Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ikah Jamil, pelakon cilik K14 yang popular dengan wataknya sebagai seorang gadis bitchy satu ketika dahulu, sudah selamat bernikah!

Ikah menikmati juadah di persandingannya
(gambar dipetik daripada Instagram Ikah Jamil)
Ikah Jamil dan suaminya, Aliff Ethan Zainal, mengongsi detik-detik manis itu menerusi IG Story mereka.
Majlis pernikahan dua mempelai itu berlangsung semalam manakala persandingan mereka diadakan sebentar tadi.

(gambar dipetik daripada Instagram Ikah Jamil)
Beberapa hari sebelum hari penting ini, finalis D’Academy Asia 2 itu turut mengadakan Malam Berinai bersama 6 rakannya! Wah, pasti kecoh kan?
Semoga mahligai yang dibina mereka berdua akan terus berkekalan hingga ke syurga, amin!

(gambar dipetik daripada Instagram Ikah Jamil)
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Ikah Jamil)
[…] popular, Ikah Jamil baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau bakal membuka sebuah gerai mookata yang menjual BBQ dan […]
LikeLike
[…] Usahawan selebriti, Ikah Jamil, bukan saja membuka bisnes baru. Malah, beliau juga menamatkan zaman bujangnya! […]
LikeLike