Pilu dan terkesima kerana gagal menjuarai peraduan Mister Potato di Instagram, belia ini sanggup hubungi pihak HR dan marketing

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Segala penat lelahnya tidak mendatangkan hasil apabila peraduan yang disertai Encik H tidak mengumumkannya sebagai antara pemenang utama peraduan #ASEANSpicyChallenge oleh Mister Potato Singapore di Instagram.

Untuk menyertai peraduan ini, seseorang itu hanya perlu rakam diri sendiri makan produk baru Mister Potato, kerepek pedas! Siapa tak nak? Menang iPhone 11 wei!!!

Walaupun sudah bekerja keras untuk mencipta video hampir 2 minit dengan suntingan mantap lagi profesional, videonya tidak memenangi hadiah utama. Bukan itu saja, Encik H juga sering ke ruang komen Instagram Mister Potato Singapore untuk mempromosikan videonya dan bertanya bila keputusan akan diumumkan. Rajin sungguh!

Encik H berpendapat bahawa keputusan tersebut tidak adil, kerana dia berusaha bersungguh-sungguh untuk peraduan ini tapi tidak dipilih. Hampa dan sedih, Encik H mengongsi di IG Storynya bahawa dia akan membawa perkara ini ke pihak HR, dan juga pihak International Sales dan Marketing mereka.

Mister Potato SG membalas bahawa peraduan ini dianjurkan di tahap negara saja dan tidak berkaitan dengan pejabat antarabangsa mereka. Bukan itu saja, Mister Potato SG juga menambah bahawa keputusan mereka adalah muktamad. Mereka juga menanyakan sama ada Encik H masih berminat untuk menerima hadiah saguhati (baucar Grab) daripada mereka. Jika tidak, hadiah itu akan diberi kepada peserta lain.

Encik H berkongsi bahawa dia akan menerima baucar tersebut. Pada masa yang sama, dia ingin berhubung dengan pengurus Mister Potato SG.

Hmm… macam pernah dengar frasa tu.

Apa pendapat anda? Adakah keputusan Mister Potato SG berat sebelah atau adil? Walau bagaimanapun, kami berharap Encik H akan mendapat apa yang dia inginkan. Semoga segalanya berjalan lancar untuk dirinya. Seperti kes ini di bawah ni… huhu.

.

Keep on fighting for that iPhone, Encik H! We believe in you!

Hadiah utama diberi kepada 3 peserta lain, manakala terdapat 10 pemenang saguhati termasuk Encik H.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Mister Potato SG dan Encik H)

kemas kini:

Encik H sudah pun bertenang.

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s