Salam sejahtera dan Selamat Hari Raya, para pembaca setiaku!
Haa… korang sempat tak tengok Tempahan Eid semalam? Tiber je Suria mainkan telemovie Hari Raya dua hari sebelum Raya. Selalunya malam Raya kan? Tukar mood agaknya!
Dibintangi Elfaeza Ul Haq, Asraf Amin, Faizal Rahman, Farhana M. Noor dan ramai lagi, Tempahan Eid mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita, Eid (short for Eidrianna or sumtin) yang memiliki sebuah kedai tempahan baju kurung ‘Salmah’s Atelier’.
Dan seperti cerita Suria yang biasa, rangka cerita ni sebenarnya basic-basic je. Boy meets girl, they tak suka each other, lambat laun, terpikat juga. Tu lah cerita Tempahan Eid ni di mana watak Deen (Asraf Amin) yang cuba memikat hati Eid (Elfa).
Cuma apa yang lain sedikit dalam kisah cinta mereka ialah… Eid seorang janda anak satu. Dan anaknya, Eidriss, ada kondisi (minor Asperger’s Syndrome?). Manakala si Deen ni keturunan Arab so maknya macam waswas nak kahwinkan dia dengan orang yang tak berhave-have. No Sharifah, No nikah! Gitew.
Tapi akhirnya, perhubungan mereka berdua direstui ibu Deen.
Apa yang agak pelik.com dalam cerita ni adalah ketaksuban dengan ‘gelaran’ atau ‘darjat’. Tak tau kenapa tiber ada watak Datin (Ainon Talib). Vibes wataknya very the prestigious, curlass, royalty realness. Pastu, muncul lagi satu watak TENGKU (Dawn Prima Ria) UOLLS!!! Aku ni tengok telemovie Astro ke Suria eh? Tapi watak Tengku ni penting sebab dia suka beg unik yang dibuat Eidriss, dan ini membantu Sarah’s Atelier untuk megumpul dana bagi golongan memerlukan sebab Tengku tempah 200 beg! Tengku suka kraf tangan yang dibuat kanak-kanak istimewa gitew.
Tapi pada pendapat saya, kondisi watak Eidriss was an after thought? Memang baguslah Suria nak menyelitkan watak-watak seperti Eidriss dan menormakan watak seperti ini tapi saya rasa it’s an after thought sebab impaknya tak begitu mendalam? If he takde kondisi Asperger tu, jalan cerita mungkin tak akan terjejas.
Lagi satu pasangan dalam telemovie ini ialah Manis (Faizal Rahman) dan JJ (Farhana M. Noor). Mereka berdua pereka fesyen yang pernah berintern bersama. Namun disebabkan salah faham, perhubungan mereka mula renggang. Tapi dalam telemovie ini, mereka semakin rapat kerana akhirnya mencari huraian kepada masalah mereka. Pada masa yang sama, watak Manis ni is your token lembut guy dalam industri fesyen. So dia ni memang obviously gay lah.
Namun begitu… perhubungan mereka amatlah rapat sehinggakan it’s lowkey flirting. Kenapa eh? Suria nak buktikan bahawa lelaki lembut ni sebenarnya boleh jadi straight? Just have to find the right girl eh? Hahahahha. Kenapa takde satu LGBTQ+ cast Tempahan Eid yang tegur benda ni?
Oh wells, ini tidak menghairankan. This coming from a production house (Director’s Team) yang menggunakan istilah ‘jakun’ dengan sewenang-wenangnya dalam telemovie Hari Raya Haji tahun lepas!
Selain itu, masalah yang dialami Eid di tempat kerjanya, Salmah’s Atelier ni mirip-mirip drama sensasi Puff Sarah Aqilah.
Terlalu banyak tempahan sampai Eid lupa siapkan baju kurung. Eh? Serupa…
Jika dibandingkan dengan telemovie Raya yang lain, yang ni macam tak begitu berkesan/beremosi. Which I think is good and refreshing! Sebab kita selalu disajikan telemovie Raya sedih je hampir tiap tahun, jadi ni macam a change gitew. Lagi pun kita beraya di rumah tahun ni so tak perlulah sedihkan mood lagi.
Para peminat Elfa pasti teruja dapat lihat Elfa beraksi di Suria lagi, kan? Macam dah lama tak nampak dia di Suria. Dan amat mencuit hati melihat dinamik watak JJ dan Manis walaupun… tak nak cakaplah. Also, lakonan Eidriss bagus sekali! I suka!
Ok, nanti jangan lupa tonton Sinar Lebaran tau! Kalau tak nak tengok takpe, ada hiburan online lain yang lagi GEMPAK.
Selamat Hari Raya, semua!
– Pengkritik Sandiwara
Gambar header: MeWatch Suria