Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semalam, sebuah kumpulan Facebook yang mengongsi makanan, restoran dan kafe halal dilanda kontroversi.
Salah seorang admin kumpulan Facebook itu telah memuatnaikkan pautan kepada petisyen yang menggesa IMDA untuk berikan ratings yang ‘setimpal’ untuk acara LIVESTREAM Pink Dot yang akan berlangsung pada 27 Jun.
Namun begitu, ramai ahli kumpulan itu menyoal kerelevanan pos tersebut dalam kumpulan yang sepatutnya mengongsi makanan, restoran dan kafe halal.

Menurut admin kumpulan itu, merekalah admin dan oleh itu, merekalah yang membuat keputusan sama ada sesebuah siaran itu sesuai untuk kumpulan itu atau tidak. Ini kerana terdapat seorang pengguna yang berkata bahawa sekiranya mereka ingin kongsi siaran berunsurkan politik/seakan, mungkin akan dipadam.
Pada masa yang sama, pihak admin juga sarankan orang ramai untuk mencipta kumpulan sendiri sekiranya tidak puas hati.
Ada juga yang memberi ulasan bahawa Pink Dot tak ‘halal’. So… tak patut kongsi? Atau harus kongsi sebagai amaran?
Apa pendapat anda? Patutkah sebuah kumpulan Facebook yang selalu mengongsi makanan halal kongsi perkara yang berunsur politik?
– Pengkritik Sandiwara