Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama ala-ala sinetron Rintihan Hati telah pun menggunakan unsur flashforward, ya. Kalaulah Suria ada cukup wang untuk benar-benar melakukan drama sinetron dan menerbitkan 700 episod, tak perlu nak imbas masa ni semua!
7 hari tahun kemudian, si budak Fazli pun dah membesar dan menjadi seorang hottie yang dilakonkan oleh Imam Shah!
https://www.instagram.com/p/BrkL4M7BJrf/
Fazli Eddy dan mummy angkatnya macam terlebih mesra pulak… Tapi tak faham kenapa dia panggil “suami” mummynya “uncle”…
Manakala Fitri telah menjadi seorang wanita Malaysia tau… Pakai tutsie dan baju kurung floral ala-ala wanita Melayu terakhir. Dia juga masih miskin dan bukan macam abangnya yang mampu memandi sebuah Audi.
Alia dan Fitri dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru tak kenal dan lakonan mereka kaku. Perwatakan mereka tetap sama. Alia masih kejam dan Fitri masih dibuli.
Fitri kini sedang belajar di universiti sambil mengajar tuisyen manakala Alia telah berhenti sekolah di ITE dan mula berpacaran. Di sini kita lihat bahawa Suria masih dan akan terus memberitahu orang Melayu bahawa ITE merupakan institusi pelajaran yang tidak boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Padahal pada realitinya, para mahasiswa dan mahasiswi kita mempunyai masa yang sukar untuk mencari kerja yang sesuai. Fikirkanlah.
Pakwe Alia seorang penipu dan hanya inginkan wang Alia tapi malangnya Alia miskin…. Bodoh. Tetapi, Alia ingin dapatkan wang $10,000 untuk pakwenya. Dia pun menanya ibunya, Zana. Dia ugut ibunya tentang wang syarikat yang telah ibunya lesapkan. Ibunya rasa takut dan curi $10,000 untuk anak kesayangannya… Setelah memberi $10,000 kepada pakwenya, pakwenya meminta $10,000 lagi… Tapi Alia tak sedar bahawa ini penipuan skim ponzi!
Si Zana curi duit tu semua tapi tak sembunyikan bukti-bukti tau. Dia terpaksa mengaku dia curi dan berjanji akan kembalikan wang itu. Mana nak korek duit eh? Dah terpaksa letak jawatan abeh nak cekau duit kat mana eh? Dia pun melepaskan geram terhadap Fitri dengan membelasah Fitri sampai habis-habisan! Fitri ni pun dah besar masih ah tak ada pendirian diri??????? Daheck.
Eddy ternampak unclenya bersama betina lain… Mampui! Tapi dia tidak akan bocor rahsia sebab dia terkenangkan jasa unclenya (dari segi kewangan) ni… Kelakar hahahaha. Tapi tak pelik kan sebab Eddy pun part-time anak ikan!
Adakah mereka akan flashfoward kepada 7 tahun kemudian setelah ini? Kerana pelakon yang memainkan watak Alia dan Fitri macam krik krik je but kita bagi peluang lah eh. Diorang dari mana? Elit eh? Entah la mana Suria korek.
Saya masih terpinga-pinga… Apakah jalan cerita ini? Fitri dan Eddy akan bertemu sekali lagi dan Eddy akan menolongnya keluar dari keluarga Zana? Dan setelah Zana mendapat tahu bahawa Eddy kaya, dia akan berbaik dengan Eddy demi wang? Tapi Eddy akan membalas dendam? Wow, banyak persoalan!
– Pengkritik Sandiwara