Salam sejahtera dan selamat tahun baru, para pembaca setiaku!
Salah satu acara GEMPAK yang akan berlaku pada 2019 adalah… KONSERT TOKTI yang bakal diadakan di Singapore Expo!!!!
Apabila terbaca pengumuman tentang konsert ini, tercampak dari kerusi gitew sebab… TOKTI AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DI LONDON SEKALI LAGI!!!!!!
Jika pada tahun 2005 persembahannya di Royal Albert Hall tidak dapat kami pergi kerana bawah umur, kami berharap Tokti akan menjemput kita untuk ke London tahun ini!
Tiket-tiket telah pun dijual tetapi untuk konsertnya di Malaysia sahaja…
Bila pula nak mula jual tiket untuk konsert Singapura pula eh? Padahal ia bakal berlangsung pada 2 Mac! 2 minggu lebih awal berbanding di Kuala Lumpur! Dengar-dengar, 7 Januari akan bermula penjualan tiket di Singapura tapi di wadah mana…?
Whatever it is, just stay alert la eh! Tak sabar nak merebut tiket ni!!!!
– Pengkritik Sandiwara