Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tiket konsert Ruffedge akan mula dijual pada 4 petang nanti di lelaman Sistic.
Konsert yang dinanti-nantikan ini bakal berlangsung di The Theatre Mediacorp pada 24 Jun tahun ini. (alhamdulillah, bukan Star Theatre)
Dipromosikan oleh Yolo Asia, konsert ini diberi judul Ruffera That Moment In Time Tour, turut akan beraksi di Malaysia pada tarikh yang belum diberitahu.
Konsert ini juga menampilkan DJ Uno, selain ahli-ahli Ruffedge iaitu Farish Ramli (Cat Farish), Mohd Kamaruzzaman Zain Abdul Hamid (Zain Hamid), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Addin), Syed Hussein Syed Mustafa (Sein Qudsi) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode). Sumber: Wikipedia.
Antara lagu-lagu yang sinonim dengan kumpulan hip-hop yang popular pada zaman awal 2000 itu ialah “Tiada Lagi Cinta”, “Bila Rindu”, “Tipah Tertipu”, “Da’ Bomb” dan banyak lagi.
Harga tiket konsert Ruffera ini bermula pada $98 di mana tiket Meet & Greet berharga $238.
Korang akan beli tak tiket Ruffedge?
Beli di sini
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Yolo Malaysia)