Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Adakah anda seorang kaki dangdut?
Sekiranya ya, anda pasti sudah ingin beli tiket Dangdut Mania 2023 yang bakal berlangsung pada 17 Jun di panggung konsert Melayu terunggul iaitu Star Theatre!
Menampilkan pelakon, pengacara dan penyanyi dangdut terkemuka Dewi Persik yang akan menggegarkan panggung dengan lagu-lagu hitsnya seperti Halalin Aku, Indah Pada Waktu, Pokemon dan banyak lagi.
Sesungguhnya, konsert dangdut tak lengkap tanpa gerakan tari yang menggodaka, kan? Jadi, jangkakan gelekan yang mengancam!
Para peminat genre dangdut ini juga akan dihiburkan oleh bintang-bintang Indonesia lain seperti Rina Nose yang popular dengan komedinya dan watak-watak impersonasinya, serta Nabila Maharani.
Tiket-tiket bermula pada harga $88 boleh didapati di sini. Terdapat juga tiket Meet & Greet yang berharga $188 dan $288.
dapatkan tiket anda di sini
– Pengkritik Sandiwara
[…] artis-artis yang akan menghiasi lokasi berprestij ini adalah ST12, Rossa, Slam, Kris Dayanti, Dewi Persik, M Nasir dan ramai lagi, […]
LikeLike