Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Untuk peminat tegar kugiran Slam, anda tentu teruja akan konsert yang akan mereka adakan sempena ulang tahun Slam yang ke-30 ini.
Berlangsung pada 10 Jun, peminat Singapura boleh menonton kumpulan Slam yang popular dengan lagu-lagu seperti Gerimis Mengundang, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling dan banyak lagi di The Star Theatre.
BERITAmediacorp melaporkan bahawa konsert ini akan menjadi konsert pertama Slam di Kota Singa setelah vokalisnya, Zamani, menjalani pembedahan tulang belakang untuk membetulkan postur tubuhnya.
Kali terakhir Slam menghiburkan peminat di Singapura adalah pada tahun 2012 di Suntec City.
Menurut deskripsi yang ditulis di lelaman sistic, ia sebuah konsert yang menjanjikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan! Kata ketua band, Shah, “Membuat persembahan buat peminat sentiasa menjadi perangsang atas apa yang kami lakukan, dan kami ghairah untuk menyambut bersama peminat.”
Cepat-cepatlah beli tiket sebab konsert anjuran Greendoor Studios ni laris bak goreng pisang panas, uolls!
Dapatkan tiket anda di Sistic
– Pengkritik Sandiwara
(gambar: Sistic)
[…] akan datang adalah konsert Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, ST12, Rossa, Slam dan banyak […]
LikeLike
[…] bulan akan datang, artis-artis yang akan menghiasi lokasi berprestij ini adalah ST12, Rossa, Slam, Kris Dayanti, Dewi Persik, M Nasir dan ramai lagi, […]
LikeLike