Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Untuk penggemar filem seram, pelbagai gambar wayang yang sedang ditayangkan di pawagam bulan ini.
Antaranya adalah Khanzab, sebuah filem Indonesia yang mirip-mirip Makmum yang dikeluarkan 2019.
Stereotaip filem seram diterapkan
Memang tidak boleh dinafikan bahawa filem seram apa pun penuh dengan awoo, jumpscare dan kesan bunyi yang mesaspenskan untuk memberi unsur kejutan dalam filem. Dan cerita Khanzab arahan Anggy Umbara ini tidak dikecualikan.
Memang ada babak-babak di mana saya menutup mata semata-mata tidak ingin ditakutkan oleh bunyian, kesan visual dan macam-macam.
Ternyata, permulaan kisah ini agak slow kerana mereka ingin membina jalan cerita dengan kukuh agar penonton memahami kisah ini dengan mendalam. Unsur imbas kembali digunakan begitu kerap walaupun adegan baru saja berlaku lebih kurang 10 minit yang lalu.
Gara-gara ayahnya dukun santet
Yasamin Jasem memainkan watak utama iaitu Rahayu, seorang anak dukun yang dihina orang kampung meskipun bapanya yang mempraktikkan ilmu hitam itu telah dibunuh.
Keluarga Rahayu masih dikecam oleh masyarakat sehinggakan orang kampung menggesa ibu tirinya Nuning (dibintangi Tika Bravani) untuk melakukan Sumpah Pocong untuk membuktikan bahawa keluarga mereka tidak lagi melakukan ilmu sihir.
Rahayu yang masih dibelenggu jin-jin milik arwah ayahnya sedar bahawa musollah yang diwakafkan ayahnya itu masih dihuni makhluk halus, dan di situlah bermulanya segala peristiwa malang di kampungnya itu.
Dua ideologi berbeza
Apa yang membuat Khanzab menarik adalah dua ideologi berbeza yang saling menentang antara satu sama lain.
Satu mempraktikkan ilmu hitam dan ingin lestarikan seni halus ini manakala satu lagi berpegang teguh pada ajaran Islam.
Ok lah, tak nak cakap banyak… no spoilers allow!
Kesan Visual Meh
Maaf cakap lah, tapi ular yang keluar dari mulut watak-watak dalam cerita ni macam belut… hahahahha dah la kontot, gemuk pulak tu.
Secara keseluruhan, Khanzab merupakan filem seram yang harus anda tonton kerana ia tidak seperti filem seram yang lain di mana salah dan betul begitu ketara sekali, di mana anda boleh meneka bagaimana kisah itu akan berakhir.
Penonton akan diberi pembayang pada awal cerita ini tetapi plot twist akan mengejutkan orang ramai!
Khanzab ditayangkan secara eksklusif di pawagam Golden Village sahaja.
DAPATKAN TIKET ANDA DI SINI
iolls bagi Khanzab 8.5/10 ⭐️. Ia cukup seram dengan jumpscare, amat menggerunkan (gory) dan jalan ceritanya padat, bermakna dan penuh pengajaran!
Antara filem genre seram lain yang sedang dimainkan sekarang adalah Evil Dead Rise, Sumpahan Malam Raya, Home For Rent, Sewu Dino, Motel Melati, The Pope’s Exorcist dan banyak lagi.
– Pengkritik Sandiwara