Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setelah konsert sold out dua beradik popular, Anuar dan Ziana Zain semalam di KL, mereka mengumumkan bahawa mereka akan membuat konsert di Kota Singa pula.
Menurut laporan Gempak, mereka berdua mengongsi berita kejutan itu di pengakhiran konsert mereka yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.
Mereka dijangka akan buat konsert di SG pada 24 September 2022.
“Senarai lagu nanti mungkin ada yang sama, kita tengoklah nanti. Pastinya kami akan cuba lakukan yang terbaik,” ulas Anuar.
Di IG Ziana Zain, poster dah keluar beb!
Pasti peminat Singapura tak sabar nak tahu butiran lanjut kan? Tunggu je la!
Korang nak tengok tak bila diorang datang nanti?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Ziana Zain)
[…] Berita baik untuk peminat Anuar & Ziana Zain! […]
LikeLike