Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama meletop lagi relevan, ‘Siapa Jaga Mak‘ semakin mendebarkan!
Dihidupkan olehAishah Ahmad, Khairudin Samsudin, Iskandar Ismail, Nurul Akhmar, Suhaillah Salam, Fadhillah Samsudin, Fauziah Zie, Fauzah Mohd Noor, Arfah Mohd Said, Sufian Ahmad, Den Sabarie dan ramai lagi, drama ini berdepan dengan lebih banyak watak, konflik dalaman, perselisihan faham, cabaran dan banyak lagi!
Norliza jatuh sakit, dan adik-beradiknya terpaksa bergilir-gilir menjaga ibu mereka. Pada masa yang sama, Norliza turut membantu anaknya yang baru saja lepas bersalin. Setelah pulih, Norliza dengan segera ingin kembali menjaga ibunya, atas ‘desakan’ adik-adik dan abangnya.
Tapi itulah, anaknya pula melenting. Sebab mak dia baru baik, dah disuruh ini, disuruh itu. Tiber tau! Baru sentap adik-beradik mak dia. Sampai nenek dia terdengar!
Untuk senangkan semua pihak, mereka semua berpakat untuk upah tukang gaji. And of course, Mak diorang tak suka! Pendek kata, maid tu mintak dihantar pulang ke agensi.
Ibunya sudah semakin sayang kepada Norliza. Anak-anak lelaki dia dah tak pandang. Menyampah!
Watak Mariam pula seperti sedang menjalani menopause. Asyik marah anak je sebab anak tak buat kerja rumah atau ulangkaji sepenuhnya.
Dan oleh kerana dia dah jemput ibu dan bapa dia duduk bersama, dia terdedah kepada masalah perhubungan ibu bapanya. Dia cuba meleraikan dan merapatkan mereka berdua, tapi backfired!
Namun, itu tidak menghalang Mariam dan suami untuk terus berusaha. Mereka juga ingin ibu bapa mereka untuk keluar dari rumah mereka. Ha kan, jemput malang.
Bagi Hasanah pula, keadaan bapanya semakin teruk setelah pemergian ibunya. Tapi mujur, abangnya ada tolong-tolong sikit.
Bukan abang kandung saja yang tolong, abaaaaang pun tolong! Gitew.
Situasi Danial pula semakin merunsingkan. Ini kerana walaupun sudah mengingatkan neneknya untuk memakan ubat doktor saja dan tidak lakukan kerja berat-berat, neneknya tetap berdegil.
Jari kaki neneknya mula berbau dan menjadi gelap, tapi dia tidak endahkannya.
Bukan itu saja, Danial terpaksa kerja dan belajar demi menampung kos kehidupan seharian, dan ini mengganggu kesihatan fizikal dan mental pelajar politeknik itu! Kesian 😦
Ok Min tak sabar nak tahu kesudahan drama ni! Best sangat. Tu je.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Mediacorp Suria Facebook)