Siapa Jaga Mak sebuah drama anda harus tonton!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampaknya Suria memulakan 2021 dengan drama yang sememangnya akan meletop! Ini kerana drama ini bukanlah pasal cinta-cintun, tapi drama yang amat relevan, terutama sekali kepada masyarakat Melayu setempat yang mengutamakan keluarga!

Drama siri terbaru, Siapa Jaga Mak, yang dibintangi Aishah Ahmad, Khairudin Samsudin, Iskandar Ismail, Nurul Akhmar, Suhaillah Salam, Fadhillah Samsudin (comeback queen realness), Fauziah Zie, Fauzah Mohd Noor, Arfah Mohd Said, Sufian Ahmad dan ramai lagi ini menonjolkan kehidupan caregivers atau penjaga warga senja.

Drama terbitan Mediacorp menyentuh jiwa ini pasti dapat anda bayangkan dalam hidup anda (pada masa ini, masa depan atau masa lalu) kerana pada satu ketika, pasti tanggungjawab kita sebagai seorang anak akan tiba untuk menjaga ibu atau bapa kita.

Watak-watak dalam drama ini pun melambangkan hampir kesemua lapisan masyarakat.

Norliza – seorang anak yang terpaksa jaga mak dia kerana adik-beradik sibuk. Terpaksa berhenti kerja walaupun baru dinaikkan pangkat. Anaknya yang baru saja bersalin tidak diberi perhatian. Maknya tak sukakannya. Janda (kot).

Mariam – seorang pensyarah yang ingin jaga ibunya kerana ingin mengelak perkara buruk daripada berlaku. Tersepit dalam pergaduhan/hubungan ibu bapanya. Pada masa yang sama, anak-anaknya tidak serasi dengan suami barunya.

Hasanah – seorang wanita bekerjaya berjaya yang sibuk menjaga kedua ibu bapa sehingga lupakan kehidupan sendiri. Seperti tiada love life dalam hidupnya. Lebih rela menjaga kerana kejarkan pahala.

Danial – seorang belia yang sibuk dengan kerja sekolah dan masih melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang cucu untuk menjaga neneknya kerana kededua ibu bapanya sudah bercerai.

Setiap caregiver ini melalui rintangan yang pelbagai demi memberi penjagaan yang sempurna untuk ahli keluarga tercinta mereka. Dan oleh ini drama Suria, mereka semua saling berhubungan.

Hubungan yang agak kompleks tapi oleh kerana watak-watak inilah penonton dapat melihat betapa setiap keluarga menghadapi masalah dan cabaran yang berbeza apabila mereka menjaga seorang ahli keluarga yang sudah berumur atau uzur.

Min dah tonton 4 episod pertama Siapa Jaga Mak and memanglah kalau tak nangis bermaksud korang tak berperasaan tau. Min nak tahu sangat apa yang akan berlaku pada episod-episod akan datang.

Min syukur sangat Suria buat drama macam ni sebab ia relevan dan bermakna. Boleh ajar orang ramai tentang banyak perkara yang penonton tidak tahu. Kalau drama cinta-cinta tu Suria tak perlu lah buat!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Facebook Suria)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s