Sarah Aqilah didenda

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sarah Aqilah dihadapkan ke mahkamah awal hari ini untuk perbicaraannya mengenai kes elak cukainya tu…

Dia tak bayar GST untuk beg berjenamanya yang dibeli di luar negara.

Menurut artikel Beritamediacorp, Sarah mengaku bersalah.

Sarah disuruh membayar denda sebanyak $30,600. Ha kau, elak cukai $6,000 tapi bayar denda 5 kali ganda! Mampui!

Berita Harian menyatakan Sarah sudah bayar $10,000 hari ini dan bakinya harus dibayar dalam tempoh dua bulan ini (hari terakhir 10 Disember).
Kelakarnya, dia mintak bayar secara insurans… selama 12 bulan.

Cik Kak oi, ini courts mahkamah kot, bukan COURTS MAMMOTH gedung perabut ada pelan bayaran bulanan…. Kelakar.

Tapi tu lah, ini dua tuduhan je… ada lima lagi tuduhan dipertimbangkan. Amboi.

Patutlah Sarah giat buat auction!

Jangan lupa beli ok. Dah habis acara Kami Peduli Riz boleh lah kumpul dana untuk Kami Peduli Sarah pulak!

Tapi takpelah… yang penting, dia ingat tuhan. Jadi dia masih beriman. Dan orang Melayu akan terus membela orang beriman walaupun melanggar undang-undang negara.

Di IGnya, Sarah sempat memberitahu pengikutnya bahawa dia sujud syukur untuk hari yang mulia hari ini.

Alhamdulillah.

Komen-komen oleh warga maya amat geli hati sekali.

Betul ke Sarah Aqilah pernah kerja straits law ni..?
Komen ini tertera di ruang komen Beritamediacorp. Ok Abu. Kalau gitu segala berita negatif yang awak baca tu buka aib orang lain lah? Tak kira artis atau tak. Kenapa awak baca berita? Baca je novel, semua bedek tu…
Hais, macam mana nak jual rumah lebih? Taufik Batisah dan mendominasi bidang perumahan…

Walauapapun, harap Sarah tabah hadapi cabaran dunia.

Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s