Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa penyanyi tempatan, Sarah Aqilah didakwa ke mahkamah kerana elak bayar cukai.
Namun, di akaun media sosialnya, Sarah seperti tidak kemukakan perkara ini.
Malah, Sarah menyatakan bahawa dia tidak menipu mahupun mencuri daripada pelanggannya.
Dalam siaran Instagram yang berkapsyenkan panjang lebar, gambar harijadinya berlatarbelakangkan kaabah, Sarah menyatakan:
Sekurang-kurangnya satu kebenaran telah dijawab – saya tidak menipu mahupun saya mencuri daripadanya, Ini adalah khabar angin terakhir saya dengar tentang diri saya.. dan teka apa, beberapa ORANG TERNAMA DI BIDANG HARTANAH mengesyaki ini.
Hairan, kan? Sarah didakwa mengelak cukai tapi asal dia kata dia tak mencuri atau menipu..? Unless…
Dalam siaran ini pula, Sarah menyatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk benci.
Dunia terlalu pendek untuk berdendam ataupun mempunyai kebencian.. Saya dengan ikhlas dan tulus tidak tahu bagaimana unutk membenci!
Betul ke?
Beberapa pembaca telah menghantar DM (PM tepi) kepada Pengkritik Sandiwara tentang khidmat dan layanan kedai dalam talian bffavenue, milik Sarah Aqilah sendiri.
Pendek kata, mereka yang telah kongsikan pengalaman mereka bersama kami tidak mahu berniaga dengan Sarah lagi. Dan ingin memberitahu orang ramai untuk berhati-hati.
Kenapa? Tu… awak korek lah sendiri.
Selain itu, Sarah juga giat adakan lelong atau auction di IG LIVE!
Lihat tu, ramai orang tawarkan harga best-best. Berkotak-kotak beg-begnya! Kenapa tetibe giat adakan auction, eh?
Semoga segala urusan di mahkamah nanti berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!