Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ahli silap mata terkenal, Dzulfiqar, telah membuat penjelasan dan memohon maaf di Instagramnya ekoran video yang tular di lelaman @viralsingapore.
Dalam video tersebut, kedengaran Dzulfiqar serta isterinya seolah-olah mempersendakan/mentertawakan sepasang suami isteri yang terlelap dalam MRT.
Mereka membandingkan diri mereka yang bersama 3 orang anak, manakala pasangan yang sedang lelap itu hanya ada seorang anak.
Ramai warganet rasa tersinggung dan berpendapat bahawa Dzulfiqar dan isterinya tidak patut melakukan sebegitu kerana tidak tahu situasi pasangan yang terlelap itu.
Dalam video maaf Dzulfiqar, dia mengaku bahawa kelakuan itu salah dan mereka sedar akan kesalahan mereka, dan oleh kerana itu, mereka memadam video insiden tersebut 2 jam setelah ia dimuatnaikkan.
Malangnya, video tersebut sudah discreenrecord dan dihantar ke lelaman viralsingapore itu.
Kami difahamkan video maaf itu telah tiada lagi.
Dzulfiqar berkata video itu dimuatnaikkan tahun lepas, dan dialah yang menyuruh isterinya merakam, dan oleh kerana itu, dialah yang membuat kenyataan maaf ini.
Dia kata mereka sudah pelajari dari kesilapan ini dan berjanji perkara ini tidak berlaku lagi. Mereka juga tidak membenci segala komen negatif yang mereka terima kerana ia bukan salah individu yang menonton video tular itu.
Secara terus terang, kenyataan maaf ini kelihatan ikhlas dan dia benar-benar telah belajar dari kesilapan. Semoga warganet tidak lagi mengecam mereka berdua!
Kepada mereka yang tidak tahu, Dzulfiqar, yang mengelar dirinya ZUL – Supernatural Magician, merupakan seorang ahli silap mata yang cukup hebat! Hit him up kalau korang need some entertainment for events ke apa.
– Pengkritik Sandiwara