Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Peminat teater pasti teruja apabila dapat menonton Berak di Festival / Tokyo menerusi wadah dalam talian, kan? Mestilah, Berak yang sepatutnya berlangsung Mac lepas terpaksa dibatalkan dek Covid-19. 😦
Menariknya, penonton yang telah membeli ‘tiket’ kepada pementasan Teater Ekamatra ni boleh menonton seberapa banyak kali mereka inginkan (dan juga kongsi pautan bersama rakan/keluarga) sehingga 29 Oktober ini.
Berak pengubat rindu
Menonton Berak, sis tiber tersedar betapa sis rindu tonton teater! Walaupun macam tengok Netflix gitew, kononnya tengok telemovie Suria, unsur-unsur teater amat ketara diterapkan dalam Berak yang berlangsung hampir sejam ini.
Dengan menggunakan kesan visual, grafik yang menarik, dialog yang berkesan dan macam-macam lagi, memang jelas bahawa hiburan teater ini dapat menyampaikan cerita serta mesej mereka dengan lebih mendalam lagi.
Inilah hubungan antara watak-watak dan penonton yang kita tidak dapat rasakan apabila kita binge-watch siri Netflix kegemaran kami, ataupun tonton drama ulangan di Suria. Rindu sangat dengan teater, tau!
Berak teroka cara kita berkabung
Berak mengisahkan seorang anak kecil, Siti (Siti K), yang kehilangan ayahnya kerana ayahnya (Fir Rahman) telah terjun dan membunuh diri. Dalam pementasan arahan Mohd Fared Janial ini, kita lihat bagaimana seorang anak kecil itu diajar untuk menangani pemergian ayahnya.
Neneknya (Aidli ‘Alin’ Mosbit) memberitahunya bahawa Ayahnya wujud di sekilingnya dalam bentuk udara, air, belon dan sebagainya. Sehinggakan Siti tidak sukar untuk air kecil kerana takut ayahnya akan hilang daripada dirinya. Ini mencerminkan bagaimana pada realitinya, Siti sebenarnya takut untuk menerima kenyataan dan menerima hakikat bahawa Ayahnya sudah pergi.
Sedangkan Siti tidak mahu melepaskan Ayahnya, ibunya (Siti Hajar Abdul Gani) pula telah memadamkan segala perkara yang mengingatkan dirinya tentang arwah suaminya itu, agar dia dapat melupakan suaminya secepat mungkin.
Kita juga dapat tahu bahawa Siti menghidap barah dan nyawanya mungkin tidak panjang. Dan setelah Siti meninggal dunia, ibu Siti ingin pulang ke Singapura kerana dia tidak ada hubungan lagi dengan ibu mertuanya (nenek Siti) sekiranya Siti meninggal dunia.
Kita dapat lihat bahawa dua ahli keluarga ini mempunyai cara yang amat berbeza menangani kehilangan orang yang tersayang. Seorang tidak ingin melepaskan memori bersama ayahnya kerana amat menyangi si arwah. Manakala seorang lagi tidak mahu meleretkan keadaan.
Sesungguhnya, setiap individu mempunyai cara masing-masing untuk berkabung dan menangani pemergian yang tersayang, dan kita seharusnya menghormati dan memberi ruang kepada mereka dan bukan mengajar mereka cara yang ‘benar’ untuk berkabung.
Dalam pada itu, kadangkala dalam kesedihan dan kehilangan, seseorang itu mampu pulih.
e-tiket untuk Berak boleh didapati di Peatix!
– Pengkritik Sandiwara
[…] masa yang sama, Teater Ekamatra juga sedang giat melakukan pengumpulan […]
LikeLike
[…] Berak oleh Teater EkamatraBila: 1-4 SeptemberMana: EsplanadeTiket: […]
LikeLike