Kisah benar Judy Garland dibongkar dalam End of the Rainbow

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya anda ke pementasan Pangdemonium terbaru berjudul End of the Rainbow dengan harapan untuk menikmati jalan cerita yang amat menarik lagi mengasyikkan, anda mungkin akan rasa sedikit hampa.

Kecuali sekiranya anda tidak tahu apa yang terjadi kepada Judy Garland.

Pementasan mengenai ketagihan mendiang Judy ini membongkar rahsia yang tidak terlihat oleh mata peminat akan hakikat kehidupan bintang Hollywood yang disanjung ini.

Watak Judy Garland (Mina Kaye) dan Anthony (TJ Taylor) bersua
gambar: Pangdemonium

Dan seperti kisah tentang penyalahgunaan dadah yang lain, penonton dapat lihat betapa kecamuknya dan huru-hara hidup sehari-harian watak utama, Judy Garland yang dimainkan oleh Mina Kaye, apabila dipisahkan dengan bahan yang digemarinya.

Pada masa yang sama, orang-orang terdekat – tunangnya, Mickey Deans (Shane Mardjuki) dan pemuziknya, Anthony (TJ Taylor) – cuba untuk membantu Judy dalam mengawal masalahnya.

Melihat TJ Taylor beraksi di pentas, memainkan watak Anthony dan mendengar jari-jemarinya begitu lincah menyusun irama merdu di piano berhak dipuji!

Menonton jalan cerita End of the Rainbow berkembang tidak membuat saya terperanjat atau taksub dengan inti cerita ini. Agak klisye dan boleh diramalkan.

Sepanjang pementasan arahan Tracie Pang ini, apa yang sedang bermain di fikiran adalah… bagaimanakah agaknya plot kisah ini sekiranya ia ditaja oleh badan anti-dadah? Muahahaha.

Namun begitu, ia tidak bermaksud saya tidak menikmati persembahan ini. Apabila watak Judy mendendangkan lagu-lagunya di atas pentas London yang ditempatkan di pentas Drama Centre Theatre, saya seolah-olah ditarik ke sebuah konsert pada 1968.

Suara lunak Mina Kaye amatlah sedap didengar! Begitu lantang dan best sekali tonton dia menyanyi. Dan… semua ni while in character tau!

Bukan sekadar itu, lakonan yang dihidupkan oleh kesemua barisan pelakon amat menyayat hati sekali. Setiap adegan di mana Judy mengamuk pasti buat anda kecut sebab dia akan terpekik dan hempas-hempas barang di hotel!

Watak Judy Garland dan Mickey Deans (Shane Mardjuki) bergelut!
gambar: Pangdemonium

Memberi penonton sekilas kehidupan seseorang yang sedang menghadapi kesihatan mental.

Cakap pasal hotel… gurl the set! Urgh Pangdemonium memang selalu kasi set-set yang cun-cun-melecun. Benar-benar macam di hotel mewah. Dan apabila hotel berubah jadi panggung, tu lah yang buat set tu betul-betul meletop!

Kalau uolls nak tengok, boleh beli tiket di Sistic. End of the Rainbow oleh Pangdemonium berlangsung hingga 23 Oktober.

Tiket Musim Pangdemonium juga sudah mula dijual!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Pangdemonium)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s