Best-dressed Local Stars: Raya 2018 Edition

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Yes, pasti anda semua terkejut melihat tajuk pos ini, sudah berbulan saya tangguh tetapi, janji harus ditepati ya!

Memang saya sengaja tangguh pos ini dan lepaskan pos ini pada Hari Natal/Krismas kerana why not kita menyambut kemeriahan selebriti Melayu/minoriti pada hari yang disambut kaum majoriti, kan?

Setelah dua tahun berturut-turut menulis Best-dressed Local Stars: Raya Edition (2016 & 2017) di Pengkritik Sandiwara, barulah Toggle mula menampilkan selebriti Melayu di segmen lelamannya yang bertajuk “Best-dressed Local Stars” pada minggu Raya (Jun 15).

Urgh, my impact! Jikalau saya tidak menggesa dan memekak tentang perwakilan minoriti (minority representation), agak-agak anda gambar Sezairi dan Hirzi akan dikongsikan di lelaman ini ke? Adakah ini benar-benar keputusan mereka kerana mereka berdua betul-betul menonjol dan berhak berada dalam list ini atau sekadar tokenism? Whatever it is, wow my influence!

Screenshot 2018-12-22 at 8.30.59 PMScreenshot 2018-12-22 at 8.31.29 PM

Saya berharap sangat Toggle tak akan berhenti di sini dan terus menyertakan selebriti-selebriti bukan-Cina di dalam Best-dressed Local Stars. Unfortunately, saya harus katakan bahawa ini adalah “baby steps” agar kaum minoriti dianggap “setaraf” selebriti-selebriti Singapura yang lain. “Baby steps” ini tidak sepatutnya wujud in the first place!

Bukan itu sahaja, tidak boleh ke mereka untuk SATU MINGGU menunjukkan para selebriti Melayu? Dosa ke kalau buat sebegitu? Hais. Lagipun, bukannya “best-dressed” pun. Baju setakat… Walaubagaimanapun, ayuh kita mulakan Best-dressed Local Stars: Raya 2018 Edition!


20. Yuslina Yusof

Yuslina Yusof menyambut raya di JB dengan mengenakan baju kurung warna-warna lembut pastel gitew. Manis dan dia kelihatan sungguh comel sekali dengan kasut Vans!

19. Izyan Melly

https://www.instagram.com/p/BkFlrJ5H9On/

Oh no, Izyan Melly seolah-olah sedang mengadakan sesi hinopsis! Mungkin bila kanak-kanak melihatnya, mereka akan terpukau dan tidak akan meminta duit raya..? A concept!

18. Adlina Adil

Love this lewk!!!!! Slitnya amat seksi yang terbukak all, I live.

17. Fiza O

Sleeve yang bercorak agak menarik ya, Fiza O. Lawa pakai sedondon bersama keluarga!

16. Asraf Amin

View this post on Instagram

•Eid Mubarak• 2018/ 1439H

A post shared by @ asrafamin on

We all love some corak-corak di baju kurung lelaki (yang agak mendak)!

15. Iswan Ismail

https://www.instagram.com/p/Bko4Kt3n96R/

Satu lagi hinopsis. Ilusi bagai. Macam kat makmal komputer sains or sumtin.

14. Aishah Ahmad

https://www.instagram.com/p/BkH1TIrFhLJ/

Wow queen! That pending or whatever. Sungguh cantik!

13. Roziana Cindy

Ok yes dia memang talentless but she is serving LEWKS in this! Sanggup ke hutan demi Instagram!

12. Wahyu Rahman

Saya suka baju dia puffy-puffy gitu!

11. Fatin Amira

YES! This is a LEWK. B&W dan dipadankan dengan kasut merah!

10. Nurul Aini

Macam langsir but she’s pulling it!

9.  Ainon Talib

Serving you Hetty Koes Endang realness! Amat bold sekali, ya!

8. Fauzie Laily

Mungkin anda akan fikir bahawa ini “basic” but cuba leret foto ini dan lihat betapa terperincinya desain baju ini!

7. Atyy Malek

Stripes in the trend now tapi this subtle stripes tidak begitu menonjol ya so yes queen! Juga warna kuning ini amatlah cantik!

6. Jun Junalis

Reigning QUEEN! Adakah trend hinopsis ni a thing tahun ini?

5. Rilla Melati

YES YES YAAAAS very the perempuan Melayu terakhir! Dengan selendang all. Cantik!

4. Endang Rahayu

Baju opah diberi nafas baru. A KONSEP!

3. Shenty Feliziana

Ini namanya seri pengantin baru. Love the colour and the design! Very chic!

2. Siti K

View this post on Instagram

🌿🍃Selamat Berhari Raya🍃🌿

A post shared by Siti Khalijah (@siti__k) on

Sis. Lihatlah. Sis. That pop of colour, sis. Look. Queen!

Also, beli tiket Meenah & Cheenah!


Sebelum saya mengumumkan siapakah yang akan merangkul takhta nombor satu dan merampas tempat Jun Junalis, anda nak tahu tak sama ada Toggle mengemukakan selebriti-selebriti kaum India pada minggu Deepavali/Diwali?

Jawapannya… YES! Tetapi… sekali lagi it’s tokenism.

Screenshot 2018-12-22 at 8.44.30 PM

Toggle mempunyai peluang untuk mengemukakan selebriti-selebriti Vasantham dengan pakaian mereka yang tersergam indah tetapi mereka tetap ingin menonjolkan basic Chinese celebrities yang mungkin muncul setiap minggu… But ok, kami bersyukur kerana gambar Tabitha Nauser made it! “Baby steps”, ya?

Saya berdoa dan berharap Toggle akan WOKE dan sedar bahawa it is unfair dan racist untuk sengaja pinggirkan selebriti-selebriti minoriti terutama sekali pada musim perayaan mereka kerana ia amat ketara bahawa Toggle hanya mementingkan kaum mereka sendiri tapi isu ini seperti tidak dikemukakan. Sampai bila harus kita duduk diam sahaja dan biarkan kaum minoriti diperlekehkan?

Dan kini, a few honourable mentions!

 


Dan… selebriti yang merampas tempat pertama tahun ini adalah…

MASTURA AHMAD

Tuan-tuan dan puan-puan, harap belajar daripada RATU Mastura Ahmad, ea. Lihatlah posing maut ini. Tidak terlalu kekok atau over the top, masih mampu memperagakan baju yang dikenakan. Lihat warna-warna yang diguna. Hitam dan putih bersertakan accessories merah. She… SLAYEDT!

Sudah tiga tahun berturut-turut tempat pertama dirampas oleh kaum wanita! Bila pula selebriti jejaka akan merangkul tempat pertama? Step your pussy up!

Saya harap mereka-mereka yang bekerja di Toggle akan sedar bahawa terdapat RAMAI selebriti Melayu yang boleh disertakan dalam “Best dressed local stars”! Diorang pun seharusnya step their game! Jumpa anda tahun depan!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s