Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Muzikal Aladdin akan tiba di Singapura pada Julai 2019 dan Marina Bay Sands merupakan satu-satunya lokasi di Asia di mana muzikal ini bakal dipentaskan!
Tahun ini, muzikal Lion King kembali buat kali kedua dan jika anda terlepas muzikal Disney itu, anda pasti tidak ingin melepaskan peluang KEEMASAN untuk menonton Aladdin pula!
Pasti penonton akan terpegun dengan kegemilangan pementasan ini yang penuh dengan warna-warni serta keajaiban yang tersergam indah! Walaupun ia mengisahkan tentang seorang puteri Arab dan seorang jejaka miskin yang berkomplot dengan seekor jin, saya tentu kanak-kanak akan suka menontonnya kerana ia mengingatkan zaman kanak-kanak ibu bapa zaman sekarang. Di mana lagu seperti A Whole New World akan didendangkan. Jangan lupa untuk mengingatkan anak-anak anda bahawa pelihara jin itu SYIRIK!
Secara peribadi, Puteri Jasmine/Yasmin merupakan puteri Disney kegemaran saya kerana dia sungguh badass sebab pelihara seekor harimau!
Tidak boleh dinafikan bahawa kisah Aladdin ini mengingatkan saya akan filem P. Ramlee ini!
Ini kerana dua-dua cerita mengisahkan harta pusaka di dalam gua misteri…
Saya juga baru dapat tahu bahawa mantera untuk buka gua tersebut adalah bahasa Jawa! Fun fact!
Saya agak… hampa kerana ia bakal diadakan di MBS… MBS agak… kecil tbh???? Tempat duduk warna biru tidak memekik HIGH CLASS/CHIC. Walaubagaimanapun, jika anda berminat untuk menonton, tiket-tiket boleh didapati di Sistic. Harga tiket berharga $68 ke atas. Mak oi…
Jika anda miskin, mungkin anda boleh menonton filem Aladdin di Netflix..? Atau tunggu sahaja Aladdin versi live action di pawagam!
Ramai yang tidak puas hati dengan barisan pelakon kerana ia tidak mencerminkan keaslian budaya Arab… Tapi yang penting, mereka boleh berlakon, ea? Jangan nanti diorang amek pelakon Arab, korang kata tokenism pulak. Tapi jangan jadi bodoh macam Xiaxue ye. Hidup di Singapura bertahun tapi tak tau sari tu apa…
Agak-agak, berapa banyak filem Bollywood telah Xiaxue tonton untuk assume such things? Huhu…
– Pengkritik Sandiwara