Pementasan menarik oleh Singapore Repertory Theatre!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampaknya, banyak pementasan yang akan berlangsung awal tahun ini, ya?

Singapore Repertory Theatre akan membawa beberapa persembahan menarik awal tahun ini!

Pertama sekali, THE LIFESPAN OF A FACT.

Yelah, dalam zaman di mana #fakenews berleluasa dan dikongsi para Boomer, amat sesuai sekali untuk ketengahkan isu ini!

Adakah watak-watak dapat bezakan antara berita fake dan berita sahih?

Dibintangi Ghafir Akbar, Janice Koh dan Jamil Schulze, THE LIFESPAN OF A FACT bakal berlangsung dari 25 Febuari hingga 7 Mac di KC Arts Centre!

Selain itu, SRT akan mempersembahkan… WAR HORSE!

Buat pertama kali, WAR HORSE akan menemui anda di Esplanade pada 24 April hingga 3 Mei!

Berdasarkan novel Michael Morpurgo, pementasan yang telah memenangi anugerah ini bakal menambat hati penonton dengan muzik, lagu dan juga pepatung kuda yang menakjubkan!

Bukan itu saja, ada pementasan buat si cilik juga!

Ikuti pengembaraan Mo dan Poppy terbang di awan. Ia akan berlangsung pada 19 Febuari hingga 28 Mac!

Jadi boleh lah bawak anak-anak anda sempena cuti sekolah Mac nanti. Rancang awal, gitu!

Wah, nampaknya tahun 2020 rancak dengan pementasan eh? Cepat-cepat beli tiket!

Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s