Kultus: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Drama sci-fi fantasy realness  Suria terbaru Kultus mula bersiaran semalam. Pelik sekali, tiada episod-episod yang leaked di Toggle. Pelik. Ditayangkan setiap Khamis, drama ini dibintangi oleh Syarif, Lydia Asyiqin, Suhaillah Salam, Asraf Amin, Farhana M Noor dan ramai lagi.

Dalam episod 1 ini, tiada banyak yang didedahkan kepada penonton dan konsep atau jalan cerita drama ini masih samar-samar. Saya juga agak keliru apakah organisasi atau geng kongsi gelap yang terlibat dalam drama ini…

Di New York, Syakilla bersama temannya dan beberapa orang lagi menghangat depan api bersama “Father”. Rupa-rupanya, sekumpulan orang itu merupakan cult ataupun KULTUS pelik. Entah kenapa, si Father mengenakan cap besi penjenamaan (branding iron) di belakang bahu Syakilla! Terjerit dibuatnya. Kultus ini sering menyeru “we are the cure” dan mengatakan “ELIXR”. Apakah maksud ini?

Bapa Syakilla yang berada di Singapura mula risau kerana anaknya tidak menghubungi beliau. Abangnya cuba meyakinkan bapanya bahawa semuanya ok. Tetapi, abangnya, Syafik, menerima pesanan video daripada Syakilla dan tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan adiknya menerusi gerak geri adiknya menerusi video tersebut. Dia pun memberitahu rakannya tentang perkara ini.

Pada masa yang sama, Syakilla cuba larikan diri daripada rumah kultus itu! Tetapi kumpulan kultus terus bergegas mencari Syakilla. Adakah Syakilla orang penting untuk mendapatkan rawatan (cure) yang sering dibincangkan? Adakah kerana dia berketurunan Asia??? LOL. Salah satu daripada mereka (rakan Syakilla yang menegajak dia ke dalam kultus ini) terjumpa dia dan membawa dia pulang ke rumah Kultus.  Dia pun diberi amaran agar tidak biarkan Syakilla lari lagi.

Entah kenapa watak Farhana M Noor menyembur pepper spray terhadap 2 jejaka. Tahukah anda bahawa pepper spray salah di sisi undang-undang? This comes from a watak yang ingin menegakkan demokrasi lah apa lah.

Syafik menghubungi roommate Syakilla untuk mendapat berita tentang Syakilla. Dia beritahu bahawa Syakilla sudah lama tak ke kolej. Pelik sekali, si rakan Syakilla ni guna kata ganti nama “I/you” tapi Syafik balas “saya/awak”????? ok.


Secara terus terang, saya rasa tahun ini Suria ada banyak drama GEMPAK seperti Hilang Kasih Di Sarajevo, Rapuh dan juga Kultus! Saya harap jalan cerita drama-drama ini akan bertambah baik dan mutu lakonan dan isi rancangan juga akan mampat, ya?

Cuma yang saya musykil, kenapa setiap kali drama sci-fi kan, pasti ada watak mat salleh? Adakah kita masih di bawah pengaruh bangsa jajahan? Adakah kita masih menganggap bangsa orang putih lebih superior? Atau memang harus ada kerana advancement di negara Barat lebih menonjol agar drama seperti ini “boleh berlaku”. Saya harap drama ini akan memberi feels yang berlainan jika dibandingkan dengan drama Firasat atau SR115.

Tak sabar nak tonton episod akan datang!!! Semoga kita dapat tahu apakah tujuan kultus ini dan apakah “cure” yang sering disebutkan…

– Pengkritik Sandiwara

 

 

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s