Rapuh: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Ha, pasti terpinga-pinga kan bagaimana Pengkritik Sandiwara boleh menulis ulasan episod 1 sebelum drama terbaru Rapuh disiarkan di Suria? Ini kerana episod 1 hingga 4 telah pun dimuatnaikkan ke Toggle!

Ini bukan kerana kami melanggan premium membership atau apa-apa. Ini memang benar-benar leaked tape gitew! Cuba tonton di web dan bukan di aplikasi Toggle. Pasti boleh!

Dibintangi oleh Zaleha Hamid, Rahman Rahim, Norsiah Ramly, Atyy Malek, Iskandar Shah, Hana Rosli, Hashimah Hamidon, Sahfuddin Mahfudz dan Asraf Amin, drama ini bersiaran setiap Selasa jam 9.30 malam!


Dalam episod pertama, para watak dikenalkan dan agak bosan. Cuma peliknya, rumah watak utama ni sama dengan rumah untuk drama blockbuster Hilang Kasih Di Sarajevo. Ni sambil menyelam minum air ke?

Mereka sekeluarga menyambut hari lahir watak Katijah di restoran mewah milik mereka.  Tiba-tiba ada seorang wanita muncul dan gelar dirinya anak Encik Salleh. Anak yang diabaikan ke..? Uh-oh, suami Katijah ada love child satu ketika dahulu?

Salleh mengaku bahawa dia ada simpan seorang wanita di KL… Mungkinkah wanita itu anak pompan Mesyo tersebut? Dia mengaku dia pernah membuat dengan Marziah sekali sahaja… Sekali sahaja lah yang boleh mengakibatkan segalanya!

Farah jelaskan bahawa ibunya telah pun meninggal akibat barah. Salleh meminta bukti-bukti daripada Farah untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar anak Marziah. Dia memberitahu latar belakang Marziah serta makanan kegemaran Salleh. Gitu. Kantoi. Maaf cakap la eh, si Farah ni duduk seumur hidup kat Mesyo tapi berbual macam orang Singapura. ??????? Tak buat research ke? Salleh terpaksa mencari tempat penginapan untuk Farah. Abeh cari dekat restoran dia? Cari la jauh sikit. Tak betul tau, nak rahsiakan anak pun tak tau cara-caranya???

Ibu Salleh terdengar perbualan Katijah dan Salleh mengenai wanita yang muncul di restoran. Oh tidak! Mungkinkah ibunya akan mengorek semula kisah silam?

Farah sebenarnya ada niat tersembunyi datang ke Singapura. Adakah dia benar-benar anak Salleh atau setakat ingin menipu wang berkepok Salleh?

Katijah ingin mencari jawapan dan bertanyakan rakain baik Salleh sama ada Salleh ada merahsiakan perkara daripada dirinya. Rakan Salleh menafikan segalanya.

Ibu mertua Katijah tahu bahawa Katijah semakin curiga. Dia puas hati kalau dia ada cucu lagi seorang kerana dia ingin bermanja dengan seorang cucu kerana cucu-cucunya sekarang (anak-anak Katijah dan Hassan) tidak memberinya sebarang perhatian.

Ok, selain Dulang Restaurant yang gempak, apakah lagi harta atau bisnes yang dimiliki oleh Salleh? Kenapa dia mampu duduk di rumah sebuah yang agak besar? Restoran setakat tu pun berapalah hasilnya?

Farah menghantarkan mesej kepada Salleh dan mengatakan bahawa dia diganggu. Katijah mengekorinya dan ternampak Salleh berbual dengan Farah mengenai #MeToo…


Secara terus terang, saya fikirkan bahawa saya akan tidak suka drama ini tapi sebaliknya! Saya amat terpegun dengan watak ibu mertua kejam yang dimainkan oleh Zaleha Hamid! We stan an evil queen! Tapi saya rasa dia jenis evil yang munasabah tau di mana kejahatannya akan membawa kebaikan. Pada masa yang sama, watak Farah agak seakan dengan watak Arissa dalam Janji Arissa di mana dia ingin mencari bapa kandung yang telah abaikannya dan ingin membalas dendam. Cuma… saya harap Farah akan benar-benar balas dendam! Adakah kemunculan Farah akan mengganggu ketenteraman keluarga Salleh dan memecahbelahkan perhubungan mereka? Saya tidak akan berbual tentang anak-anak Salleh kerana mereka masih insignificant pada episod pertama.

Walaupun episod 2-4 sudah ada di Toggle, saya kurang pasti sama ada saya akan membuat ulasan secepat mungkin? Mungkin tidak. Bergantung kepada mood. Agak-agak Suria akan muatnaikkan drama Kultus ke toggle tak?

Adakah ini feature baru Suria dan Toggle untuk membocorkan (leak) 4 episod sesebuah drama agar dapat lebih penonton? Hmmm… Whatever it is, enjoy je la eh benda gratis!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s