Salam sejahtera dan selamat tahun baru Cina, para pembaca setiaku! Gong xi gong xi!
Tahukah anda bahawa episod 5, 6 dan 7 Hilang Kasih Di Sarajevo telah leak di Toggle? Klik pautan di bio untuk menonton!
Jika pautan di atas not working anymore, please alert us ok! Kita dah muatnaikkan the leaked episodes di Pornhub bersama subtitles lagi!
Setelah episod fluff minggu lalu, apa yang bakal terjadi dalam episod 5 hingga 7? Lebih konflik dan drama ke? Kami telah pun tonton dan memberi ulasan episod 5, 6 dan 7 agar anda tidak perlu tonton!
Episod 5
GELI LAH SI Rahman dengan Ramona ni nak step cinta berputik semula nak terpegang pinggan sama-sama. Tetibe tau mentang-mentang baby dah keguguran.
Rakan-rakan Ramona menjenguk Ramona di rumahnya. Oleh kerana pemikiran mereka yang liberal dan tidak islamik, Camielle terlupa bagaimana nak beri salam. Ni watak bodoh eh? Padahal murtad pun hafal Al-Quran dan masih boleh membaca Al-Fatehah. Ni assalamualaikum pun tak tau???? Mereka pun berbual pasal baby Adam. Ramona memberitahu mereka bahawa bayi itu telah tiada. Mereka pun tukar topik perbualan pasal Prestige agency yang bakal mereka buka. Mereka perlukan duit pelaburan dan saya rasa mereka ingin cekau duit Ramona je.
Vlog Rahimah yang setakat tidak mendapat views, so bakal suami Rahimah suruh dia kerjasama dengan Juliabakes ke apa.
Ni eh? Hahaha. Ramona cadangkan make-over. Ramona dan rakan-rakannya pun mula mencantikkan muka Rahimah. Ok, kalau dia tak pakai make-up tak boleh reach to bigger audience, kenapa dengan make-up mereka rasa boleh reach to greater audience? Mana logiknya? Tak faham.
Oleh kerana isterinya telah memberi lebih perhatian, Rahman pun telah tukar fikiran dan inign ke Bosnia. Adakah ini sebab utama mengapa Ramona terlebih manja? Beberapa saat kemudian, terus mereka dah berada di Sarajevo. Emina memungut mereka di lapangan terbang.
Semasa perjalanan ke hotel, tunang Emina kata Rahman asyik perhatikan dia. Yelah, anak dia… duh???? Tiba saja di hotel si Rahman mintak katil asing??? Dia tak nak sekatil dengan isteri dia???? Gila tau padahal isteri dia nak tebuskan kesalahannya. Tapi dia tak nak. Abeh isteri dia ajak jalan-jalan pun dia tak nak??? Dia kalau masih nak fasa kemurungan jugak, duduk rumah sua. Merepek. Abeh dia panggil Ramona “Zana”. Apa ni perkara zaman batu. Lek.
Setelah promosi video Rahimah di Juliabakes, Rahimah terus mendapat banyak tempahan dan juga tawaran! Gempak! Semasa Rahimah bermesyuarat dengan syarikat besar, ibunya kesakitan di rumah. Alia cuba telefon Rahimah berkali-kali tapi tiada orang jawab. Terpaksa Alia telefon ayahnya untuk meminta tolong. Si Zack ni sempat mengurat setelah mesyuarat habis. Abeh si Alia kantoi bilang bapak dia Mak dia berdating dengan Zack padahal mesyuarat! Bekas Rahimah ternampak Zack “bercumbuan” dengan Rahimah. Padahal POV dia je yang suggest begitu. Kelakar lah macam adegan Ayang dan Anje di Mengejar Mentari!
Oh… jantan yang sering dera Camille adalah… ZACK. Patutlah dia lain macam je dengan Rahimah haritu bila Zack baik sangat dengan Rahimah. Dan dia memaksa Camille untuk cekau duit Ramona/Rahman! Wow, the plot twist we all deserve! Syabas Suria!
Ok, episod kali ini bukan fluff tetapi lebih bermakna dan membawa kesan. Ini kerana penonton dapat tahu bahawa Rahman benar-benar belum get over his ex. Suasana Sarajevo mengingatkannya tentang arwah isterinya serta memori terindahnya semasa di Sarajevo. Pada masa yang sama, isterinya Ramona ingin cuba mendekatkan dirinya dengan suaminya tapi Rahman cuba mengelak… 25 tahun kot! Selain itu, kami juga mendapat tahu bahawa Zack seekor lidah bercabang! Entah-entah nanti dia dah rebut duit Rahman/Ramona, dia perkosa si Rahimah pulak? Mampus keluarga Rahman ditipu oleh janji manis Zack!
Episod 6
Rahman kelihatan lebih gembira setelah bermain bola bersama seorang anak kecil di Sarajevo. Mungkin sekarang dia ada fetish pedophilia?
Ibu Rahimah bawak balik mangsa domestic abuse dan Rahimah tidak puas hati sebab kelakuan ibunya meletakkan mereka sekeluarga dalam bahaya! Saya setuju! Tetiba nak kasi orang tak kenal satu bilik untuk bermalaman? Panggil polis! Keesokan harinya, duit Rahimah hilang. Dengan orang-orangnya hilang. Apakah unsur kebetulan ini????? Annoying!!! Setelah itu mereka berdua pun pep talk apa lah cari rezeki, berusaha, pilih kasih dan sebagainya.
Si Rahman kat event bila nampak perempuan Bosnia je kejung? Sikit-sikit kejung. Mana si Ramona tak cemburu? Nampaknya dia ada racial preference! Dan di tahun 2019, kita harus cancel this type of people!
Potret arwah isterinya tersebar dan Rahman amat tidak puas hati kerana Zack telah menyebarkan gambar itu. Ini kerana ia merupakan karya yang tidak patut dikongsikan kepada orang awam! Dia memarahi Zack. Nasib dia tak melenting.
Setelah wang $200,000 diberi kepada Camille, barulah Zack nak bermesra dengan Camille. Kalau tak dia mendera je. Si Camille ni pun bodoh semacam nak cinta Zack menerusi wang… Apa punya perempuan. Ingatkan dia feminist liberal tapi wanita tradisional yang bergantung kepada jantan demi kebahagiaan… Sobs.
Episod 7
Zana masih hidup..?
Ok young Zana berumur 18 tahun??? Tapi pelakon nampak 30 tahun lmao.
Keluarga Zana tak puas hati yang Zana bermesra dengan mamat asing (Rahman) kerana mereka telah tetapkan jodoh Zana. Seorang askar Bosnia! Tapi oleh kerana tak sampai hati, Osman ingin membantu Zana dah Rahman bersatu kerana love triumphs everything else GITEW!
Si Rahimah ni baru ada satu major projek terus dah tukar imej? Pakai baju bebek tunjuk bahu all?? Padahal dulu konservatif gila. Zack call dia cakap dapat collab dengan syarikat Jepun. Buat paid review post. Sebabkan bersyukur, dia belikan benda mahal untuk Zack! Entah-entah syarikat Jepun tu bedek eh? China punya benda kot lol. Rahimah pun ternampak Zack bermesra bersama Camielle di salah satu kedai mewah. Kantoi! Padahal dia tak nak cari laki baru abeh dia yang tersinggung? Hmm…
Hana bervideo call bersama Ramona di pejabat baru mereka dan amat gembira kerana dapat pejabat itu. Tapi ejen tiba-tiba masuk! Ini membingungkan Hana kerana ejen masih membawa potential buyers yang lain… Ejen pun berkata bahawa dia tidak menerima wang pendahuluan ataupun dokumen-dokumen penting untuk ditandatangani… Jengjengjeng! Hana pun dengan segera menelefon Camille tapi Camille memberi jaminan bahawa dia dah lunaskan segalanya. Apabila Camille memberitahu Zack bahawa rakan-rakannya telah syak sesuatu, dia dimarahi. Kesian…
Perhubungan Rahman dan Ramona semakin pulih. Mereka telah h2ht di dalam bilik hotel. Keesokan harinya, ada orang nak beli lukisannya. Dan Emina ingin ajak berjumpa ibunya aka ZANA! Apabila Zana ternampak Rahman keluar kereta, dia terus tersentak. Kesian dia. Rahman dengan selambanya masuk rumah Zana dan singgah bilik dia dan ternampak Zana menangis! Jengjengjeng!!!!!!!
Apa yang akan terjadi kepada perhubungan Rahman dan Ramona yang baru sahaja dijalin semula kini Zana muncul dalam kehidupan Rahman? Apa pula akan terjadi kepada Camielle apabila Ramona pulang ke Singapura nanti? Zack akan terus memainkan watak berpura-pura ini untuk mengambil kesempatan ke atas Rahimah ke? Rahimah dan bekasnya pula akan berbalik demi anak? Wow! Banyak persoalan! Lebih intens ye drama ini! Saya suka.
Cuma… Kenapa episod 5-7 dimuatnaikkan? Adakah ini sengaja atau..? Hmm tak tahu lah eh. Mungkin hadiah buat orang Melayu sempena CNY! Ataupun intern tu tak sengaja. Hanya Allah saja yang tahu!
HAHAHAHHA THIS REVIEW #ONPOINT
LikeLike