Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Khamis lalu, saya berkesempatan menonton Off Centre oleh The Necessary Stage di Panggung Viktoria. Dan seperti yang dikatakan di post sebelumnya mengenai Off Centre, karya Haresh Sharma ini merupakan salah satu teks bagi subjek Sastera Inggeris untuk peringkat O. Dan tentu sekali, malam itu panggung dipenuhi oleh murid-murid sekolah and I’m like…
But hey, saya berpendapat bahawa sekolah-sekolah yang mengajak murid-murid mereka menonton teater sebenarnya sedang melakukan perkara yang mustahak kerana melentur buluh biar dari rebungnya, kan? Gitew. TBH, that’s how I giat menonton teater sebab sekolah dulu ajak! Semoga anak muda akan terus jatuh cinta dengan seni teater!
Apabila menjejak kaki ke dalam panggung, para penonton disambut dengan kehadiran watak Vinod (Abdulattif Abdullah) yang sedang duduk di depan pentas sambil melihat penonton. Ada juga yang mengatakan “hi” kepada Vinod dan salaman itu dibalas balik.
Secara terus terang, saya berpendapat bahawa pementasan Off Centre ini agak sedikit meleret tetapi tidak boleh dinafikan bahawa isu-isu dan mesej yang ingin disampaikan amatlah ketara dan malangnya masih relevan hingga sekarang.
Terutama sekali untuk penonton Melayu yang menonton, pasti anda boleh faham adegan antara Saloma (Sakinah Dollah) dan Mak (Aidli Mosbit). Di mana watak Mak mengasap seluruh rumah agar jin/syaitan di dalam badan Saloma akan keluar dan sering menyalahkan (ketiadaan) iman di dalam Saloma sebagai penyebab mengapa Saloma berkelakuan sebegini. Mak juga tidak percaya akan ubat-ubat, doktor, pakar terapi dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja, perkataan “gila” juga digunakan untuk melabel pesakit-pesakit lain di Hospital Woodbridge tetapi pada masa yang sama, Mak tidak mahu mengaku bahawa anaknya yang juga berada di Woodbridge “gila. Ini merupakan satu dilema yang wujud di dalam masyarakat Melayu di mana kita tidak mahu percaya bahawa keluarga atau rakan terdekat menghidap penyakit mental dan mencari alasan yang kurang munasabah untuk memuaskan ketidakselesaan dalam hati masing-masing agar keluarga/rakan tidak dilabel gila oleh masyarakat. Ini menimbulkan persoalan, adakah masyarakat kita berkelakuan sebegini kerana malu untuk berdepan dengan orang ramai atau memang benar-benar tidak menahu hal-hal sebegini? Malang sekali, masalah seperti ini masih wujud walaupun terdapat drama-drama Suria seperti Bingit yang mengetengahkan isu kesihatan mental. Benarkah bahawa masyarakat kita tidak ingin hiraukan masalah ini?
Menerusi pementasan ini, para penonton sedikit sebanyak boleh merasai apakah yang dialami para pesakit mental. Orang-orang disekelilingi mereka memainkan peranan penting dalam hidup mereka. Tidak kisahlah keluarga atau rakan. Mereka memerlukan seberapa banyak sokongan yang mereka boleh. Pakcik Guard (Najib Soiman) yang jumpa setakat beberapa minit juga memberi kesan kepada hidup mereka. Oleh kerana itu, jangan sesekali mengecilkan perkara ini seperti apa yang dilakukan platoon commander Vinod (Brendon Fernandez) di mana dia fikirkan Vinod hanya berpura-pura dan memekik di depan Vinod. Hakikatnya, NS is a toxic environment and that is a fact. Yang penting, kita husnuzon je! Tak salah kalau husnuzon.

Jika di permulaan persembahan penonton disambut dengan kehadiran Vinod, di akhir rancangan pula penonton disajikan dengan ketidakhadiran Vinod dan Saloma keseorangan di atas pentas. Sis sebak!!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar-gambar oleh Tuckys Photography)