Rapuh: Ep 2-4

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Ya, benar! Episod 1-4 drama terbaru Suria, Rapuh, yang baru bersiaran Selasa lalu kini di Toggle. Tak tahu kenapa Suria biarkan ini berlaku. Mungkin cara terbaru untuk menarik penonton melanggani Toggle. Agak-agak, berapa ramai orang Melayu kita yang melanggani membership Premium Toggle eh? Hmm… Kalau tak percaya bahawa episod 2,3 dan 4 di Toggle, cuba klik pautan di bawah. Tonton menerusi web dan bukan aplikasi Toggle!

Dalam episod sebelum ini, kita dapat tahu bahawa Farah anak Salleh yang telah lama hilang dan kini muncul kembali. Kehadirannya dalam keluarga Salleh membuat keluarganya tak tentu arah. Dan akhir episod 1, isteri Salleh benar-benar terjumpa Farah. Apakah reaksinya..?


Episod 2

Katijah marah dan ingin tuntut cerai di makamah syariah. Dia pun kemas beg dan ingin lari rumah. TBH, dia over tau. Dia tak beri peluang suami dia beri penjelasan pun????? Cuba ingat tuhan sikit.

Ibu Salleh berjumpa Farah dan mengajaknya ke rumah. Nenek kenalkan Farah kepada Shahidah tapi Shahidah malas nak layan. Padahal budak tu tak buat apa-apa bersalah? And dia adik/kakak kau kot (probably kakak sebab Salleh berzina dengan Marziah sebelum bernikah dengan Katijah), so please HORMAT ye. Kenapa benci? Ingat ni Cinderella ke? Nak benci kakak tiri all padahal bukan tiri pun, sama bapak! Perangai tak matang langsung! Cuba fikir positif sikit.

Nenek ajak duduk serumah abeh si Syafiq suruh Farah bayar sewa??? Ok Syafiq, kau tu pun tak kerja, dah besar tapi masih harapkan duit jajan dari mak. Diam sudah. Berbual world. Harap REFLEK.

Salleh dimasukkan ke hospital sebab heart attack gitew bila Syafiq gaduh dengan Farah. Abeh si Katijah ni cair sebab tak sampai hati nak abaikan suami di hospital keseorangan, so dia balik. Kakak dia, Kamsiah, marah dengan kelemahan aKatijah. Biasalah wanita lemah gitew. Kamsiah ni single so female empowerment dia kuat sikit berbanding Katijah yang telah disental seorang jatan!

Orang gaji di rumah Salleh terjumpa kad pengenalan Farah (ke apa) dan terbaca nama penuh Farah. Farah Binte Abdullah dan bukan Farah Binte Salleh. Erm… duh. Kata anak luar nikah? Jangan nak world eh Suria. Kat Singapore banyak kes anak Melayu yang lahirkan bayi luar nikah so this “binte Abdullah” plot twist tak akan berkesan.


Episod 3

Katijah membiarkan Farah duduk serumah kerana dia tidak faham bagaimana rasanya hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. Dia tidak ingin Farah mengalami apa yang dia alami dahulu. Dia memberitahu kakaknya, Kamsiah, bahawa dia seorang wanita yang kuat dan ingin memaafkan dan memahami suaminya. Adakah ini female empowerment atau mangsa patriarchy di mana perasaan lelaki diutamakan?

Syafiq tu baru terfikir untuk stalk socmed Farah untuk mencari latar belakang Farah. Sama ada dia benar-benar anak bapanya atau conwoman. Tu pun bff dia yang suruh. Kalau tak??? Bodo eh? Dah 2019 pun tak tau nak stalk socmed.

Farah seolah-olah the daughter Salleh never had. Selalu ambil kisah Salleh, ingatkan suruh makan ubat, salam, prihatin and all. Anak-anak dia yang lain tak ambil kisah langsung walaupun Salleh baru keluar hospital. Salleh macam tersentuh gitew.

Salleh menemu ejen dan mengatakan bahawa ada seseorang cuba mengambil kesempatan terhadap Farah malam kelmarin. Tetapi ejen tersebut rasa pelik kerana tiada orang yang mempunyai akses kepada bilik Farah… Hmm? Adakah Farah menipu atau sekadar bayangan? #MeToo

Si Salleh ni dah tua bangka pun takut ibu dia? Kesian dipaksa oleh ibunya untuk makan ayam lemak cili padi yang dimasak Farah. Kata Farah resipi arwah ibunya… Ye ke? Katijah halang dia makan pedas-pedas sebab baru keluar hospital tapi ibu mertua dia melenting so terpaksalah Salleh makan…

Si Syafiq ni selalu tak buat bahagian dia untuk group project sebab selalu berfoya-foya dengan makwe. Kesian ditangkap basah oleh bff dia dan baru dia nak buat kerja! Terus dia abaikan makwe dia. Semua jantan dalam drama ni takut perempuan eh?

Katijah tanya ibu mertuanya sama ada dia tahu akan kandungan rahsia ini dahulu. Terus ibu mertuanya meroyan dan katakan bahawa Katijah menuduhnya bersubahat! Kesian, dah bernikah bertahun pun mak mertua masih tak suka. Hidup sebumbung pulak tu… Apalah nasib.

Nenek tidak puas hati dengan cara Syafiq melayan Farah. Syafiq pun menjawab dan ingin Farah mengambil DNA test untuk mengesahkan bahawa dia benar-benar darah daging bapanya. Neneknya akhirnya menuangkan teh! Nenek telah membayar ibu Farah untuk mengugurkan kandungan untuk menutup malu dan menjaga nama baik keluarga. Tetapi ibu Farah tidak melakukannya. Kini nenek syukur Farah masih hidup kerana jika Farah digugurkan, neneknya akan rasa berdosa kerana keguguran adalah haram… Gitew kan Suria mendorong penonton sebagai pro-life… Saya harap we get less of this sebab masyarakat kita rly buat baby tak ingat jangka masa panjang. Abeh bila dah sedap main, dah lepaskan kat dalam, ada anak, terus abaikan. Bila nak gugur kata dosa. Bila buat tak fikir dosa??????? Might as well complete the dosa. Dosa lebih besar kalau kau tak berikan anak itu pendidikan yang cukup, makan yang cukup, perhatian yang cukup. Fikirkanlah!!!!!

Salleh ingin Farah kerja di Restoran Dulang tetapi tukar fikiran kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan. Pada masa yang sama, anak-anaknya takut jika Farah kerja di Dulang, lama-kelamaan Farah yang akan mengambil alih takhta ayahnya sebagai pemilik. Walaupun begitu, Nenek membawa Farah ke Dulang untuk bekerja… Nampaknya Salleh tidak boleh membantah kerana nenek juga pemilik restoran tersebut, the real Lady Boss. Uh-oh…


Episod 4

Mereka semua kata Farah tidak boleh kerja di Dulang kerana dia perlukan work permit. Tapi nenek tak kisah sebab dia keluarga yadayada.

Shahidah merajuk atas kehadiran Farah di restoran dan terus berhenti kerja di Dulang. Pettynye… Sepatutnye, kau tu harus buktikan kepada nenek bahawa kau ni orang penting dalam Dulang dan akan mengatasi cabaran. Dan oleh itu, jawatan kau in Dulang akan kekal dan mungkin naik pangkat. Ni tidak, terus cabut??? Ni la Melayu kan tak boleh nampak saingan. Ada saingan je cabut.

Syafiq ingin pinjam duit daripada Kamsiah untuk skim ponzinya atau beli hadiah bagi makwe… Kamsiah memberitahu Katijah tapi Katijah tak boleh terima hakikatnya.

Rizwan masuk meminang Shahidah. Neneknya kata Shahidah tak akan kerja di Dulang lagi dan oleh itu, Rizwan akan bekerjasama dengan Farah pula kerana Farah akan menggantikan jawatan Shahidah. Adakah Farah akan mengurat Rizwan selepas ini..?

Nenek serahkan harta pusaka kepada Farah!! OMG gelang pusaka and all. Untungnye Farah!!

Farah agak fierce kepada kakitangan di Dulang. Sampai terpekik. Adakah ini true colours Farah? Apakah motif Farah sebenarnya? Ambil alih perniagaan Dulang bulat-bulat?

Syafiq dan makwenya gaduh kerana beg berjenama yang dihadiahkannya itu palsu. Dengan sekelip mata, makwenya dah cari pengganti!

Shahidah gaduh dengan Farah dan lengan Farah melecur terkena air panas. Peliknya, si Farah tu tak biarkan lengannya under cold water???? Apa ni… Tapi Farah bersyukur insiden ini berlaku kerana kini dia dapat simpati Shahidah. Liciknya dia!!! I live.

Barang kemas nenek hilang dan Syafiq kata ada orang curi. Adakah Farah yang mencuri? Atau Syafiq..? Kerana Syafiq perlukan wang!!! Dia marah putus cinta abeh nak marahkan Farah? Hmm… Jantan!

Farah telah pun meletakkan gelang nenek di dalam bilik Syafiq. Apabila bibik mengemas bilik Syafiq, dia ternampak gelang nenek! Or memang benar Syafiq yang mencuri?

Wow plot twist REALNESS!


Secara terus terang, I am living for the DRAMA serta PLOT TWISTS of Rapuh dan lakonan watak Nenek membuat saya terpukau! It’s like, Nenek is not evil tapi tanpa disedarinya dia menjadi pemangkin kepada apa yang Farah inginkan. Tapi… apakah yang diigini Farah? Secara perlahan-lahan, Farah telah menawan hati Nenek, Salleh, mungkin Katijah dan kini Shahidah. Cuma tinggal Syafiq sahaja. Adakah Syafiq akan terpedaya dengan tipu helah Farah? Atau dia sahaja yang akan menegakkan kebenaran dan memastikan keluarganya tidak ditipu Farah.

Cuma satu yang saya harapkan oleh drama ini… Agar watak Farah tidak taubat. Ini kerana drama Janji Arissa di mana Arissa ingin berbalas dendam kepada bapanya kerana abaikannya, last-last, dia berbaik??? Pui. Buang masa. Tak kisahlah kalau Farah masuk penjara, yang penting dendam dibalas, wang dicuri, perniagaan diambil alih. WE NEED DRAMA!

Cepatlah leak episod 5-8 di Toggle!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s