Salam sejahtera, para pembaca setiaku dan juga DV Studios!
Atas permintaan istimewa daripada pihak DV Studio Pte Ltd, kami akan menulis ulasan padat dan pedas bagi drama Buang Tabiat agar mereka boleh menyunting (edit) episod-episod akan datang dengan lebih sempurna agar dapat menarik perhatian penonton Suria. Ini kerana kesan blog Pengkritik Sandiwara amatlah ketara, kot?
Dibintangi oleh Jeff Catz, Khairudin Samsudin, Shahrin Azhar, Suzairhe Sumari, Timothy Nga, Aishah Ahmad, Paul Foster, Haslinna Jaaman, Awal’liyah Jaa’far, Sabrina Nasir dan Nur Natalia, “show walaupun tak bagus” ini bersiaran setiap Jumaat pada jam 9.30 malam.
Watak Zul (Jeff Catz) sepertinya masih menyimpan perasaan benci dan dengki terhadap watak Rozz yang kini seorang penyanyi rock terkenal. Zul seorang bapa yang cepat marah dan tidak mahu meningkatkan taraf diri dan amat old school. Oleh kerana sikapnya yang asyik berangan-angan dan tidak terbuka kepada perubahan, kehidupannya tetap sama sahaja!
Nampaknya kesihatan Rozz semakin teruk dan ini mungkin menjejas periuk nasinya sebagai seorang penghibur! Uh-oh.
Zul menerima tawaran untuk menyanyi di kelab malam dan dia berangan-angan untuk menyanyi dengan bandnya, BTX! BTX ditubuhkan dalam tahun 80-an, ini bermaksud mereka boleh menyaman BTS atas hak cipta nama or sumtin!
Rozz mempunyai gementar pentas (stage fright0 sebelum konsertnya di stadium negara. Dia terpengsan! Wow very the Allie feels.
Dia… meninggal?
Ok so pergaduhan antara Zul dan Rozz tercetus apabila Rozz tersasul “Amelia” (isteri Zul) apabila menyanyi lagu terbaru mereka 20 tahun yang lalu. Ni semua gara-gara wanita. Lek je kah huhu.
Setelah pemergian Rozz, band BTX kembali semula! Ni lah, orang dah mampui baru terkial-kial nak buat ni, nak buat tu.
Zul dibuang kerja manakala isterinya pula dinaikkan pangkat. Where is this show heading? Zul ternampak isterinya bermesra bersama bos…
Cerita ni lemau tbh tapi takpe lah episod pertama je. Agak hambar. Takde yang meletop. Walaupun nama kumpulan BTX, it’s nothing like BTS. Konsep BTS pun takde, setakat nama je.
Also, berapa jumlah bajet untuk drama ni eh? Poster promosi bagi drama ini kelihatan agak rushed.
Kelakar…
Mereka kelihatan seperti tidak selesa… Janggal.
Jadi… Apakah makna BTX? Buang Tabiat Sepuluh? Buang Tabiat Tak? Hmmm…? x faham.
Secara terus terang, adakah episod dua harus ditontoni? Tak perlu. Buang masa, buang tabiat. Nampaknya drama ini khas untuk lelaki Melayu tradisional yang suka jamming dan tidak naikkan taraf mereka. This drama gives me the mansplain vibes, men privilege, patriarchy, hyper-heteronormativity dan unsur-unsur sewaktu dengannya. Also, apakah yang akan berlaku dalam drama ini? Band BTX popular setelah kembali semula? Ok and? Keluarga Zul ada masalah tapi dengannya kepopularan BTX, keluarga Zul akan kembali ke sisi Zul? IDK.
– Pengkritik Sandiwara