Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Seperti tahun-tahun yang lalu, pasti ada telemovie khas Hari Ibu, Mamaku Bibikku. Dan tahun ini tidak terkecuali. Apa yang menarik tahun ini adalah watak ibu di dalam telemovie ini merupakan watak yang mempunyai masalah pendengaran.
Selain sebuah drama yang amat menyentuh jiwa, pada masa yang sama, telemovie ini meningkatkan kesedaran mengenai masyarakat Deaf (Deaf community). (Saya akan menggunakan istilah masyarakat Deaf kerana saya tidak tahu apakah istilah PC bagi Deaf community dalam Bahasa Melayu)
Saya berpendapat bahawa watak Mariana (Rosita Hussin) sebenarnya seorang ibu yang problematic. Wataknya seorang ibu yang tidak pernah berada di rumah demi anaknya, Nelly (Atyy Malek). Oleh kerana itu, anaknya amat rapat dengan bibiknya, Asih (Eka Mairina).
Yang peliknya, keluarga Mariana ni dah upah Asih semenjak Nelly bayi lagi… sampai umur dia 14 tahun. Mestilah dia rapat semacam, kenapa tak gilir-gilir pembantu rumah? Bukan itu sahaja, sebenarnya untuk mendapatkan khidmat pembantu merupakan idea ibu suami Mariana. So… Apa ni eh? Padahal pada mulanya suami Mariana kenek buang kerja dan Mariana terpaksa pulang bekerja setelah cukup pantang. Tiba-tiba ada duit untuk ambil bibik? Pelik.
Abeh si ibu mertua Mariana ni typical mother-in-law ah, dia tak suka Mariana sebab dia cacat pendengaran. Tapi kalau Mariana ni sempurna, saya pasti dia akan tetap benci lah kan..? Sindrom MIL. Watak suami Mariana ni pun weak, bila mak dia bawak balik baby (Nelly) abeh Mariana mengamok tapi dia biarkan je. Men are trash.
Abeh yang peliknye si Nelly ni bila dah besar dia pergi exchange terjumpa mamat je dah hilang kepayang or what. Baru seminggu pelajar Indonesia tak jawab WhatsApp dia dah resah sampai nak pergi ke Surabaya all. Gile sak. But ok lah memang namanya drama, kan? So dia pulang ke Surabaya dan ibu mamat Indon ni rupa-rupanya bibiknya gitew.
Apa yang saya suka tentang telemovie ini adalah ia mengajar penonton bahawa terdapat pelbagai Bahasa Isyarat yang terdapat di dunia. Seumpamanya, Bahasa Isyarat Singapura dan Bahasa Isyarat Indonesia. Seperti Bahasa Melayu, terdapat pelbagai variasi! Saya rasa lakonan Rosita Hussin amat berkesan sekali, dan walaupun wataknya tidak berkata-kata, ekspresinya cukup untuk membuat penonton menitiskan airmata!
Mamaku Bibikku terdapat di Toggle so… sila tonton dan menangis ea!
– Pengkritik Sandiwara
[…] berlakon dalam drama Tekan Minyak 2 dan Mamaku Bibikku untuk kategori masing-masing. Kemenangan yang layak […]
LikeLike