Tetamu Ramadan: Episod 3

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sudah masuk episod ketiga bagi drama Tetamu Ramadan dan lawak ini masih berlaku!

Screenshot 2019-05-14 at 9.23.42 PM.png

Jikalau mereka inginkan tema “orang ramai selalu tersilap anggap Farid ayah Nina” untuk sering berlaku, mereka sepatutnya mengambil pelakon yang lebih tua, bukan sekadar kacak untuk memainkan watak Farid. Atau pelakon wanita yang kelihatan lebih muda untuk memainkan watak Nina. Secara terus terang, this is not working and we are not buying it. Ia amat…lame!

Bukan itu sahaja, drama ini sepatutnya bertemakan atau memberi fokus Ramadan kerana itulah jangkaan penonton apabila menonton drama khas bulan Ramadan. Namun, saya berpendapat bahawa drama ini merupakan sitkom cinta biasa-biasa sahaja, cuma segala peristiwa dalam drama ini berlaku pada bulan suci Ramadan. So… bulan Ramadan seperti secondary gitew.

Tambahan pula, watak Roz pula masih menyimpan segala surat-surat yang dihantar oleh Farid semasa mereka bercinta. Padahal dia dah >20 tahun bersama suami dia??? So apa ni, dia masih ada perasaan terhadap Farid walaupun telah bernikah? Kenapa dia masih simpan barang-barang tu? Tidakkah ia harus dibuang. Keliru aku tengok Mak dia yang masih simpan barang-barang tu semua. Kalau anda ternampak barang-barang yang diberi oleh bekas kekasih pasangan anda di dalam bilik stor, anda marah tak? Ini bermakna, selama perkahwinannya, Roz sebenarnya tidak pernah get over Farid?

Pada akhir episod 3, Salahudin memberitahu keluarganya bahawa dia tahu perkara sebenar. Tetapi… apa yang dia tahu? Hmm…

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s