Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Petang tadi, saya berkesempatan menonton This is what happens to Pretty Girls di Drama Centre Theatre yang terletak di Perpustakaan Negara. Sesungguhnya, saya memang menanti-nantikan pementasan ditulis oleh Ken Kwek ini kerana ia amat dekat dengan hati saya, iaitu isu-isu yang berkait rapat dengan feminisme.
Kebelakangan ini, Singapura hangat dengan berita tentang Monica Baey yang berdepan dengan kesnya di socmed, dan oleh kerana keberaniannya, terdapat perubahan yang dilakukan oleh pihak NUS. Malangnya, bukan semua mangsa serangan seksual mempunyai pemikiran atau senasib Monica Baey, dan itulah isu-isu di mana pementasan This is what happens to Pretty Girls ingin sampaikan.
Diarah oleh Adrian & Tracie Pang, pementasan ini mengupas topik-topik seperti diskriminasi terhadap wanita, patriarki di tempat kerja, mansplaining, manspreading, serangan seksual, keizinan (consent) dan sebagainya. Sesungguhnya, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa seksual, tidak kira jantina/orientasi seksual, umur atau pangkat. Apa yang saya pelajari menerusi pementasan ini adalah kadangkala kita sebagai rakan atau ahli keluarga ingin sangat melaporkan saja kes-kes ini kepada pihak berkuasa agar orang-orang yang tersayang tidak merana lagi. Namun, apakah masalah yang akan timbul sekiranya laporan dilakukan? Maruahnya, kerjanya, reputasinya mungkin terjejas seandainya laporan dibuat.
Saya rasa begitu tidak selesa menonton pementasan ini kerana terdapat adegan-adegan di mana ia begitu janggal dan tidak seharusnya berlaku tetapi hakikatnya, ini adalah apa yang berlaku dalam dunia realiti. Apa yang lebih sedih adalah saya berpendapat bahawa masyarakat Melayu tidak akan pernah bincangkan isu ini secara terbuka kerana… agama. Sedangkan kes rogol boleh juga berlaku antara pasangan suami isteri. But ok.
Lakonan Pam Oei amatlah sangat berkesan sekali ea saya amat kagum dengan wataknya sebagai Maureen. Seorang HR, seorang wanita tetapi… hmm nak tau pergi tengok.
Secara keseluruhan, ia sebuah pementasan yang terbaik yang telah saya saksikan sejauh ini, tahun ini!
– Pengkritik Sandiwara