Tetamu Ramadan: Episod 2

Salam sejahtera para pembaca setiaku!

Dalam episod kedua Tetamu Ramadan, Salahudin mula merapatkan jurang perhubungannya bersama Farid melalui perubahan imej yang ingin dilakukan Salahudin. Nampaknya Salahudin mula rasa ragu-ragu akan penampilan dirinya. Farid membawa Salahudin ke stylist yang hanya setakat mentransformkan si dekni ke dalam kemeja, kot dan seluar smart. Tu je?

Salahudin juga sedar bahawa kelakuan isterinya semakin berlainan semenjak Nina pulang…

Nina dan ibunya berbincang tentang perhubungannya dengan Farid bersama ibunya. Nina cuba mencari jawapan tetapi ibunya tidak ingin menceritakan kisah silam. Yang penting ni kenapa si Nina tak buat kajian latar belakang sebelum dating si Farid ni?

Nina menanyakan soalan emas kepada Farid, sama ada Farid masih ada perasaan untuk Rozainah.

Achit cuba meneka apa yang sebenarnya berlaku antara ibunya, kakaknya dan Farid. But… Bukan ke semuanya sudah diketahuinya, or rather sudah jelas?????? Di masa mereka makan malam bersama bukan ke si Achit ni hinting-hinting. Achit pun selidik kes ini. Dia buat papan salasilah keluarga semua????? Sksksksks dia ni tak tahu buat secara digital ke? Si Achit ni asyik cakap Farid ni hensem semua asal eh? Dia ni homoseksual ke? Taksub aku tengok.

Kenapa dah 2 hari kat Singapore si Nina ni masih jetlag???????

Salahudin terjumpa kad raya yang dihantar oleh Farid kepada Rozainah. Jengjengjeng! Keesokan paginya, dia merajuk dan hanya makan sebiji kurma untuk sahur.

Ekcili… drama Tetamu Ramadan ni ada potensi, cuma mengapa ada unsur humor yang tidak perlu? Watak Achit seolah-olah terlalu kebudak-budakan. Memang tidak boleh dinafikan bahawa Achit adalah watak yang bertanggungjawab untuk menerapkan unsur kelakar tetapi tema utama drama ini, iaitu cinta silam/cinta segi Farid, Roz dan Nina sudah cukup kuat untuk exist on its own tanpa humor. So..?

Takpelah, kita lihat episod 3 bagaimana!

Selamat bersahur.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s