Salam sejahtera dan Salam Ramadan!
Nampaknya sudah pun masuk bulan yang penuh kesucian pada tahun ini. Sebelum memulakan paparan hari ini, kami di Pengkritik Sandiwara ingin meminta maaf sekiranya terguris kata atau telah menyakitkan hati para pembaca di luar sana. Semoga karya-karya yang dikeluarkan di Pengkritik Sandiwaa akan terus mencetuskan perbualan dan perbincangan intelektual di antara masyarakat Singapura. GITEW!
Sebulan yang lalu, Suria telah pun menganjurkan acara penuh kegemerlapan dan kehambaran iaitu, Pesta Perdana yang diadakan setiap 2 tahun.
Acara pembukaan dikendalikan oleh hos malam itu, Khairudin Samsudin, di mana beliau menyanyi serta menari bersama penari latar belakang oleh Dansamania (which is not on Toggle).
Setelah beberapa jokes yang tidak land, barulah kami sedar bahawa Pesta Perdana telah hilang kerelevannya kerana sesungguhnya adakah kita masih hiraukan acara ini? Memang ia perkara yang penting untuk mengiktirafkan bakat-bakat tanahair tetapi… adakah rancangan-rancangan di Suria masih ditonton ramai? Bolehkah orang ramai meneka reference-reference drama Suria? Isu mencari pelapis untuk dunia hiburan Melayu tempatan juga dibincangkan tetapi adakah Suria akan terus menarik perhatian anak-anak muda untuk menonton TV? Dengan tiadanya penonton baharu, mampukah pelapis-pelapis ini mencari sesuap nasi? Renungkanlah.
Namun, kami tidak akan bincangkan pemenang Pesta Perdana atau apa sebab kita semua tahu it’s actually EagleVision’s award show but ok. Harini kita akan lihat selebriti manakah yang memperagakan busana yang paling meletopz pada malam itu! Sekali lagi kami ingin mengetengahkan bahawa Toggle telah gagal untuk mengongsi gambar-gambar selebriti Melayu di segmen Local Stars Best Dress pada minggu Pesta Perdana diadakan. Adakah ini digolongkan sebagai racism? Yes.
Mari kita mulakan!
Selalunya the best hanya akan ditampilkan di akhir post, tetapi kali ini, the best akan membuka tirai!
The holy trinity we didn’t ask for but deserve.
Fizah Nizam kelihatan sungguh chic dengan gaun kembang dan turbannya, Sharon Ismail flawless seperti biasa dan Siti K.., that silhouette. SIS, we gagging.
Kami suka warna ini, Nurul Aini!
Ekcili cantik tau kalau warna lain hahaha.
Bayangkanlah, kalau anda kelihatan sungguh fierce dan menawan seperti Atyy Malek dan Yuslina Yusof tetapi dipanggil “minah”, awak marah tak? Dan orang yang panggil awak minah tu kelihatan seperti ermz… some malnourished dude yang isap dadah bawah blok dan muka basi tak mandi 2 minggu. Awak suka?
Kedua-dua wanita ini lebih berjaya daripada whoever this dude is dan dia panggil minah? Apa siak????? Peak rempit, uxmonkeys memang perangai monyet. Dah lah pergi acara permaidani merah pakai basic, tak berdandan, gunakan iPhone selfie mode buat wawancara, pui. The fragile masculinity jumped out!
Also, riding off profit in the name or religion, huh? Padahal setakat susu dengan pearl je kot abeh nak first halal ni segala. Orang tak waswas pun. Ok but we’ve never tried it so tak tau sedap ke tak lah eh. Yang kelakarnye dia letak muka dia yang setakat sebagai poster macamlah orang heran. Pastu nama jenama “bro”, dia betul-betul takut kejantanan dia hilang eh?
Wow, biru dan kuning. Ikut warna poster ea?
Lawanya dress Rosita Hussin. Macam optical illusion.
Adakah warna neutral ni trend?
Segak ea.
Comel sangat!
Sesungguhnya beliau suami orang.
Elegan dan simple!
Kelihatan seperti snek rangup.
A bold statement.
Ok, boleh tahan.
Maaf tapi warna hijo ni memang terlalu terang lah. Fahrin… MasyaAllah.
Sesiapa yang tidak menegurnya tidak harus diberi gaji.
Maaf queen, tetapi buruk ea.
https://www.instagram.com/p/Bvo_tuNBgyI/
Ni apa? Last minute pakai langsir eh?
Normal sahaja.
https://www.instagram.com/p/Bv3rYruFqZr/
YES. POWER COUPLE YES. Dua-dua sama kacak dan anggun.
Cantik dressnya.
Si dekni kenapa amek gambar kat tempat meletak kereta ni aku nak tau.
Ni dah kenapa?
A.. queen.
U..ungu?
Meh.
Biasa je.
Ok itu sahaja ea.
Tak sabar pulak untuk Best Dressed: Raya Edition dalam masa sebulan!
Selamat berpuasa 🙂
– Pengkritik Sandiwara
https://www.instagram.com/p/Bvp9jumhqmgdXkAIYreCkYexMmlyQxDaL4RWnU0/