Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Korang fikir cerita Ultraman je ke ada Raksasa? Hey! Cerita Melayu setempat pun adalah! Curlass uolls semenjak Suria dah cecah 20 tahun ni, mutu cerita di TV makin bertambah baik!
Diterbitkan Papahan Films, cerita yang bertajuk Raksasa ini mengisahkan keluarga 3 generasi, Lily, Marryanne dan Salihin Heng yang dibelenggu misteri seekor makhluk raksasa!
Dibintangi Sharon Ismail, Lim Kay Tong dan Mia Sara Shauki, telemovie ini sebenarnya… takde banyak jalan cerita pun.
Si Lily ni remaja yang sedang menjalani ‘fasa’ dan lari ke rumah atoknya, Salihin. Di situ, Lily diculik raksasa laut. Ibunya, Maryanne, risau dan menyalahkan si atok. Mereka berdua mencari Lily. Apabila jumpa Lily di sarang raksasa kalajengking/udang galah tersebut, si atok terkorban.
Tetapi… banyak soalan yang tidak dijawab dalam telemovie selama lebih kurang sejam ini. Apakah rahsia Salihin yang disimpan oleh anaknya? Siapakah Salihin sebenarnya? Kenapa dia tinggal tepi laut? Kenapa ada raksasa di dalam laut? Siapakah jejaka berperangai pedophile (Zachary Ibrahim) yang cuba menolong Lily? Kenapa Salihin bisu tapi tak pekak? Siapakah jejaka ala-ala FBI yang berbual dengan Salihin? Kenapa seolah-olah mereka ada lebih kuasa dari pihak polis? Kenapa Maryanne berpisah dengan suaminya? Siapakah Maryanne? Kenapa babak pertama di mana dia tawar $4 juta itu penting?
Adakah telemovie ini sebuah pilot episode bagi drama bersiri yang akan menjelang tidak lama lagi? Dan oleh kerana ia diterbitkan oleh Papahan Films, adakah ini bersangkut-paut dengan drama-drama Papahan Films yang lain? Seperti SR115 atau Firasat? Adakah ia sebahagian Papahan Films Universe atau PFU?
Walaupun jalan ceritanya agak hanging dan mendatar, ia sebuah telemovie yang harus anda tonton semasa #StayHome ni sebab ia sebenarnya agak menarik melihat kesan visual dan raksasa yang direka! Lakonan Sharon Ismail juga amat mendalam sekali! Bila dia tembak tu, fuh! Boleh terasa tau!
Anda boleh saksikan di Suria pada jam 10 malam nanti atau di Toggle MeWatch sekarang!
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] rancangan yang menang besar adalah Raksasa! Sebuah drama khas/telemovie mengenai makhluk misteri di […]
LikeLike