Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Secebis drama melanda masyarakat Melayu/Isley.
Baru-baru ini, anda pasti terbaca berita mengenai seorang penghantar makanan Grab yang terpaksa mendaki tangga walaupun beliau hanya mempunyai satu belah kaki. Kisah ini dilaporkan di wadah berita gergasi seperti Mothership.
Namun, kebelakangan ini, kisah tentang penghantar makanan tersebut yang dikenali sebagai Saire Adnan Panda, merebak di Facebook serta TikTok.
Di Facebook, seorang pengguna bernama Lala Property menulis untuk meningkatkan kesedaran agar tidak memberi bantuan kepada Saire.
Menurut kiriman Facebook Lala Property, difahamkan bahawa Saire sering meminta pertolongan orang dan juga sering mengadakan staycation. Betul ke?
Begitu juga kenyataan seorang pengguna TikTok:
Menurut @pipi_pau.gf, individu yang tidak bernama ini sering mengemis dan mengambil kesempatan kebaikan orang. Betul ke?
Di TikTok BlueBird News pula, terdapat segelintir yang cuba mendedahkan perkara sebenar.
Hmm… agak-agak korang peristiwa terjatuh tangga tu berlaku tak? Sebab akaun dia sudah tidak aktif semenjak hujung tahun lalu. Adakah satu Singapura telah ditipu?
Mungkin lain kali Mothership boleh periksa kesahihan cerita yang mereka kongsi…
Dalam keadaan sebegini, kami hanya berharap kebenaran akan menang!
– Pengkritik Sandiwara
gambar header: Lala Property, Mothership