Filem untuk ditonton semasa Raya Open House

Pernah tak korang terfikir, time-time Raya Open House ni, TV sebesar alam tu nak tunjuk cite ape?

Takkan nak tunjuk cerita Suria eh? Tau-tau muka Aliff Aziz terpampang pulak. Biasalah Mediacorp diorang tak buat social listening dan tak tapis kandungan yang ada muka Aliff Aziz. Paling-paling pun bagi lah trigger warning.

Kepada yang ada TV Box tu… hati-hati. Mana tau saudara sendiri polis? Mampos!

Jadi dalam siaran ini, Min akan kongsikan beberapa drama atau filem yang boleh uolls mainkan semasa rumah terbuka. Pasti tetamu akan kencang berbual tentang apa yang disiarkan dan takkan tanya soalan sensitif!


Banjir Raya

Kepada yang belum tonton Banjir Raya. Uolls mesti mula tonton.

Tak perlu meWATCH ke apa lah. Just tonton kat YouTube jek!

.

Drama 5 episod ini mengisahkan peristiwa Hari Raya di kampong tapi banjir… cool tau. Ada Fir Rahman dan Nabila Huda. Min tengok episod terakhir boleh nangis wei.

172 Days

Nak nangis? Nak jatuh cinta? Nak dakwah? Nak kenekan seseorang yang dah dating lama tapi tak kahwin-kahwin?

Tengok lah 172 Days di Netflix, lakonan Yasmin NApper, Yoriko Angeline, Bryan Domani dan banyak lagi!

.

Tapi awas ya. Ada adegan yang cium-cium geli gitu so kalau ada budak boleh tutup mata diorang.

90 Hari Mencari Suami

Bagi anda yang mempunyai Amazon Prime Video, Min sarankan tonton 90 Hari Mencari Suami.

Ia mengisahkan Eli (Michelle Ziudith) yang terpaksa mencari jodoh kerana adiknya ingin kahwin tak lama lagi. Biasalah orang Jawa… tak nak langkah bendul!

.

Ikuti Eli dalam misinya mendating jejaka dan mencari si dia!

Drama ni agak liberal tau so ada adegan yang tak Isley.

Projek High Council

Ingin jadi makcik/pakcik cool? Mainkan Projek High Council kat Netflix!

Mesti menjadi perbualan ramai anak muda. Confirm kecoh satu rumah. Masing-masing nak feeling jadi Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar, Naim Daniel (eh?) dan ramai lagi.

.

Dalam pada itu, jangan lupa ingatkan mereka tentang bahaya membuli dan sebagainya!

La Luna

Filem La Luna inilah yang banyak mencetus perdebatan di X (dahulu Twitter). Apakan tidak, filem ini mendedahkan kemunafikan seorang ketua kampong.

Pada masa yang sama, segelintir individu menyatakan bahawa filem ini terlalu liberal kerana topik yang dibentangkan tidak mempunyai tapis.

Tapi… bukankah topik-topik dalam filem ini sesuatu yang boleh (dan mungkin harus) dibualkan secara terbuka?

.

Iaitu tentang perniagaan, hak wanita dalam rumahtangga, cara-cara untuk menyeronokkan situasi di katil dan banyak lagi.

Anda boleh saksikan filem lakonan Sharifah Amani, Shaheizy Sam, Hisyam Hamid dan banyak lagi di Netflix.

Imaginur

Satu lagi filem hit yang bakal menggegarkan minda anda adalah Imaginur.

Alah, filem yang OSTnya menang Anugerah Juara Lagu tuuuuuu, Hasrat!

Dibintangi Beto Kusyairy dan Diana Danielle, ia satu filem yang mesti korang tengok dan gunakan otak untuk berfikir. So tu macam best. Filem ni pun ada unsur-unsur fiksyen-sains.

Boleh ditonton di Amazon Prime.

Airmata Di Ujung Sajadah

Sekiranya anda ingin menangis bersama tetamu semasa rumah terbuka, filem ini memang digalakkan untuk ditonton di Netflix.

Airmata Di Ujung Sajadah pasti akan buat para ibu menangis teresak-esak. Dan mulalah sesi karaoke Dawai satu rumah!

.

Memang betul menyayat hati lah filem tentang kisah ibu yang mencari anak kandungnya ini.

Ha.. jadi dalam minggu-minggu akan datang ni, kalau uolls ke rumah terbuka atau adakan rumah terbuka, mainkanlah cerita ni semua. Usah kita bukak Suria, tau!

Selamat Hari Raya, semua!

Tinggalkan komen