Hi, Can You Hear Me? satukan masa depan dan silam

Bulan lepas, setelah tamat menonton pementasan Hi, Can You Hear Me? oleh The Necessary Stage, pemikiran saya agak bercelaru.

Saya dapati bahawa saya ada sedikit masalah untuk menghadam kandungan yang telah saya tonton malam itu.

Mungkinkah kerana dalam karya tulisan A Yagnya ini, beliau menyatukan pelbagai unsur dan banyak watak berbeza (yang tidak ada kaitan secara langsung antara satu sama lain) di dalam satu pementasan? Atau isu-isu yang diketengahkan — peperangan, konflik, identiti, kecurangan dan lain-lain, terlalu berat untuk disatukan dalam pementasan yang diarahkan bersama Alvin Tan ini?

Apa yang memeranjatkan saya adalah watak Utama (Sharda Harrison) yang sebenarnya seeokor harimau. Malah, dialah harimau terakhir Singapura yang diburu di Hotel Raffles.

Sekiranya watak Utama tidak mengatakan bahawa dia seekor harimau, mungkin saya tidak akan perasan bahawa Utama tu haiwan sebab solekannya tu… hidup segan mati tak mau.

Solekan jingga-hitam di kiri dahi Sharda Harrison yang tidak begitu ketara.
(gambar: Tuckys Photography)

Watak Utama (punny? idk) inilah yang menyatukan setiap watak dalam sketsa ini. Tanpanya, cerita ini agak huru-hara kerana banyak adegan berbeza-beza.

Terdapat juga watak lelaki berumur berbangsa Jepun yang bergantung kepada AI untuk menjaganya.

(gambar: Tuckys Photography)

 Shimizu (Doppo Narita) masih merindui isterinya yang sudah lama tiada. Anak-anaknya pula sibuk dengan hal sendiri. Dek keseorangan, keadaannya semakin teruk.

Ini membuat saya bertanya, mungkinkah masa depan kita sebegini? Di mana kita mengharapkan AI untuk menjaga kita masa tua? Mungkinkah ia mengganti para jururawat? Apakah kesan psikologi sekiranya kita sebagai masyarakat kehilangan unsur ‘sentuhan manusia’ (human touch) dan (hampir) semuanya diganti dengan AI?

(gambar: Tuckys Photography)

Watak Guan Yin Ma lah yang saya paling tak reti. Ok, dia melambangkan harapan dan lain-lain sewaktu dengannya. Dia jugalah yang melihat sejarah asyik berulang, manusia seperti tidak belajar dari kesilapan. And then?

Tapi, kudos kepada Zelda Tatiana Ng kerana beliau seorang penghibur pelbagai bahasa! Work.

(gambar: Tuckys Photography)

Apa yang benar-benar menyatukan karya ini adalah watak Sindhu (Sukania Venugopal) dan John (Rodney Oliveiro).

Sindhu seorang wanita bekerjaya have-have terjumpa John (seorang wartawan dan juga laki orang). Tau-tau tersangkut.

Pastu entahlah… cerita ni nak mengenablekan kecurangan. Padahal masing-masing dah tua bangka, nyawa-nyawa ikan, boleh fikir sendiri tau.

Natijahnya, setiap watak ada masalah silam yang mereka harus perbetulkan tapi menggunakan wadah lain untuk kononnya selesaikan konflik dalaman mereka. Malangnya, ia lebih menambahkan masalah mereka.

Jadi apa yang boleh kita pelajari? Rajin-rajinlah usha counsellor atau therapist!

Mungkin kerana dari perspektif seorang Isley yang tak pernah ke bar (fuh, alhamdulillah), lokasi bar itu bukanlah satu tempat di mana kita mengadu atau meminta belas kasihan.

Jadi macam tak boleh relate kalau takde orang sahut panggilan ‘Hi, Can You Hear Me?‘ di dalam sebuah bar sebab setiap doa, rayuan, aduan, luahan yang kita lemparkan kepada Sang Pencipta, di mana jua kita berada, pasti didengar.

#donedakwah

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Tuckys Photography)

Tinggalkan komen